Page 22 - Focus SPM KSSM F4 2020 - Kimia
P. 22
Kimia Tingkatan 4 Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
Penggunaan Isotop dalam Kehidupan Harian
1. Terdapat dua jenis isotop, iaitu isotop radioaktif dan isotop tak radioaktif.
2. Isotop radioaktif atau radioisotop terurai dan menghasilkan sinaran yang berbahaya.
3. Walaupun demikian, radioisotop mempunyai kegunaan yang penting jika dikendalikan dengan betul.
Radioisotop digunakan dalam perubatan, perindustrian, pertanian dan penyelidikan.
Pertanian
• Pengambilan fosfat dan metabolisme fosforus oleh tumbuh-tumbuhan boleh
dikaji dengan menggunakan baja fosfat yang mengandungi fosforus-32. Bab Bab
Bab
Bab
2 Larutan yang mengandungi Satu pengesan digunakan 2
fosforus-32 disuntik
untuk mengesan
ke dalam sistem akar pergerakan fosforus-32
tumbuhan. dalam seluruh tumbuhan.
• Penyelidikan penyurih radioaktif menggunakan karbon-14 membantu dalam
memahami fotosintesis dan sintesis protein.
Sumber kuasa
Perubatan Uranium-235 adalah bahan
• Kobalt-60 yang memancarkan sinar api yang biasa digunakan
gama digunakan dalam kimoterapi dalam stesen jana kuasa
untuk rawatan kanser. nuklear.
• Kanser superfisial seperti kanser kulit
boleh dirawat dengan sinaran yang KEGUNAAN
lemah daripada fosforus-32 atau ISOTOP
strontium-90.
• Perentak jantung yang mengandungi Arkeologi
plutonium-238 digunakan untuk Karbon-14 boleh digunakan
mengawal denyutan jantung pesakit untuk menganggar usia
yang mengalami masalah jantung. tulang, kayu atau fosil dengan
• Iodin-131 digunakan dalam rawatan mengukur pecahan karbon-14
penyakit tiroid. yang terkandung di dalamnya.
Perindustrian
• Natrium-24 boleh digunakan untuk mengesan kebocoran paip gas atau minyak
dan sistem ventilasi.
• Sinar gama bagi kobalt-60 dialirkan pada makanan untuk menghapuskan bakteria
yang menyebabkan makanan menjadi rosak tanpa mengubah kualiti, rasa dan
tekstur makanan.
• Sinaran daripada kripton-85 boleh digunakan untuk mengawal ketebalan
kepingan plastik dalam perindustrian.
Rajah 2.23 Kegunaan radioisotop
28
02 SPM KIMIA F4.indd 28 06/02/2020 10:15 AM

