Page 7 - NOVEL SERAM - MISTERI RUMAH SEBELAH
P. 7
Misteri Rumah Sebelah
u
Tlisan yang tertera pada batu tanda sudah
pudar ditelan masa. Suasana sepi dan suram di
kawasan perkuburan yang menempatkan abu
mayat di belakang tokong yang terletak di pinggir
kota Bangkok itu sentiasa membuat bulu roma
setiap pengunjungnya meremang. Angin yang
bertiup kencang menggoyangkan dedaunan…
ssshhh… ssshhh… ssshhh… dengan desiran
yang menyeramkan, seolah-olah ada tangan
menggoncangnya. Dentuman guruh sayup-sayup
kedengaran, menandakan hujan akan turun.
Dalam kegelapan malam, kalau diperhatikan
betul-betul, keadaan sekeliling bersemak samun.
Pokok-pokok besar mencuar tinggi tidak tersusun,
berusia tidak kurang daripada 100 tahun. Lalang
yang tumbuh meninggi dengan dedaun kering
yang gugur terhampar seperti permaidani
menanti pengunjung, walaupun kenyataannya
tiada sesiapa yang mahu datang. Tidak kira siang
atau malam. Semua manusia, walau di mana pun
dia dilahirkan, akan mati… dan menjadi roh yang
menghuni kawasan perkuburan seperti ini.
2
Misteri Rumah Sebelah.indd 2 3/10/17 8:14 AM

