Page 8 - NOVEL SERAM - MISTERI RUMAH SEBELAH
P. 8
Kisah Orang Mati
Bekas pasu yang berisi tulang orang mati
tersusun dalam kegelapan malam. Di depan setiap
satu dilekatkan gambar si mati berserta catatan
tarikh lahir dan tarikh terakhir si mati bernafas di
muka bumi. Jambangan orkid yang layu kekeringan
di atasnya jelas membayangkan betapa lamanya
tempat persemadian itu tidak diziarahi.
Tiada sesiapa yang tahu dengan pasti apa
yang akan terjadi selepas seseorang itu mati, dan
ke mana mereka akan pergi. Ke neraka? Atau ke
syurga? Benarkah dunia baharu selepas kematian,
wujud?
Tetapi bagaimana kalau roh mereka belum
bersedia untuk pergi? Bagaimana kalau ada rahsia,
kisah lama, dan dosa yang pernah dilakukan
semasa hayat, belum dilangsaikan? Adakah
mereka akan menunggu untuk meleraikan semua
yang menjadi tanda tanya?
Ada roh orang mati yang menunggu masa
untuk memberitahu segala-galanya!
Lolongan anjing menandakan bahawa
sudah masanya. Masa untuk ‘mereka’ keluar dan
menegakkan kebenaran. Masa untuk mencari
keadilan sebelum mereka meninggalkan dunia
fana. Masa untuk mereka membalas perbuatan
dosa yang pernah dilakukan ketika mereka masih
bernyawa.
3
Misteri Rumah Sebelah.indd 3 3/10/17 8:14 AM

