Page 49 - Hybrid PBD RBT TG1_Edisi Guru
P. 49
RBT Tingkatan 1 Bab 2
Bahagian C
1. Syarikat XYZ telah menerima seorang pekerja yang baru menamatkan pengajian dari sebuah universiti.
Buku Dia mempunyai kelulusan akademik yang baik tetapi kerap melakukan kesilapan dalam menjalankan
Teks
ms. 42-43 tugasnya serta seorang yang sukar bergaul dengan pekerja yang lain.
Berdasarkan situasi di atas,
(a) Nyatakan kesilapan yang dilakukan oleh pihak pengurusan.
Pemilihan pekerja yang kurang tepat.
[1 markah]
(b) Jelaskan tiga cara untuk menentukan pembentukan individu dalam pasukan kerja.
(i) Pemilihan – Memilih individu yang berkemahiran interpersonal dan teknikal dalam menjalankan
tugas.
(ii) Latihan – Perlu diberikan latihan secara terancang untuk meningkatkan kemahiran serta komunikasi
individu.
(iii) Ganjaran – Menggalakkan persaingan sihat, mempromosi individu dalam kenaikan gaji, pangkat
dan memberi pengiktirafan.
[6 markah]
(c) Nyatakan tiga langkah untuk membentuk pasukan kerja yang berkesan.
(i) Kepelbagaian ahli dalam pasukan.
(ii) Bilangan ahli pasukan tidak terlalu besar.
(iii) Pemilihan ahli dilakukan dengan teliti. (Terima jawapan murid yang relevan)
[3 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 26
Bab 02 Hybrid PBD RBT Tg1.indd 26 30/07/2021 9:30 AM

