Page 6 - Focus UPSR 2020 SAINS_watermark
P. 6

Sains Tahun 4  Unit 2  Manusia


                  Mari Siasat

            Tujuan: Mengkaji kadar pernafasan bagi aktiviti yang berbeza

            Kaedah:
              1.  Aktiviti dijalankan secara berpasangan.
             2.  Murid membaca buku sambil duduk selama dua minit.
             3.  Kemudian, bilangan pergerakan dada dikira dalam satu minit.
             4.  Murid berlari setempat selama 30 saat.
             5.  Kemudian, bilangan pergerakan dada dikira dalam satu minit.
      Unit
     2       6.  Pemerhatian dicatatkan dalam jadual.
            Pemerhatian:
                                  Jenis aktiviti          Bilangan pergerakan dada

                                 Membaca buku                        64
                                     Berlari                         82

            Kesimpulan:
            Kadar pernafasan lebih tinggi apabila melakukan aktiviti yang lebih cergas.

           6.  Badan  kita  memerlukan  lebih  banyak     Situasi yang memberi kesan kepada
              udara semasa melakukan sesuatu aktiviti     pernafasan manusia
              yang lebih cergas.

            7.  Kadar  pernafasan  bertambah  apabila      1.  Terdapat  beberapa  situasi  yang  boleh
              lebih  banyak  udara  diperlukan  oleh          memberikan kesan yang baik dan kesan
              peparu.                                         yang buruk kepada pernafasan manusia.
           8.  Kadar  pernafasan  setiap  orang  adalah    2.  Situasi  yang  memberikan  kesan  yang
              berbeza. Kanak-kanak mempunyai kadar            baik ialah:
              pernafasan yang lebih tinggi berbanding         (a)  beriadah
              dengan orang dewasa.                            (b)  berada di taman rekreasi
                                                          3.  Antara  situasi  yang  memberikan  kesan
                  Aplikasi Harian                             buruk kepada pernafasan manusia ialah:
                                                              (a)  kawasan yang sesak
                                                              (b)  berhampiran dengan perokok
           Apakah kepentingan melakukan aktiviti              (c)  udara tercemar, contohnya jerebu
           kecergasan dalam kehidupan seharian?
                                                              Info  Ekstra
              Tip UPSR                                     Asap  rokok  mengandungi  nikotin,  tar  dan
                                                           banyak lagi bahan kimia yang memudaratkan
            Menarik nafas: Dada naik dan mengembang,       kesihatan.  Merokok  boleh  menyebabkan
            udara masuk melalui hidung                     ketagihan  dan  menjejaskan  organ-organ
            Menghembus    nafas:   Dada   turun   dan      di  dalam  badan.  Selain  perokok,  orang  di
            mengempis, udara keluar melalui hidung         sekeliling yang menghidu asap rokok juga akan
                                                           mengalami masalah yang sama.



             16






    02 Focus SC 4_p13-22.indd   16                                                                  2/19/20   1:45 PM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11