Page 9 - Focus UPSR 2020 SAINS_watermark
P. 9

Sains Tahun 4  Unit 2  Manusia
             4.  Kulit, mata, hidung, telinga dan lidah merupakan lima organ deria manusia.
             5.  Rangsangan yang dikesan oleh organ deria manusia termasuklah cahaya, rasa, bunyi, bau,
                 sentuhan, sakit, panas dan sejuk.



                    Mari Siasat

              Tujuan: Menentukan gerak balas terhadap rangsangan yang diterima
              Alat dan bahan:                                                                            Unit



                                                                                                         2




                   Lampu suluh          Sawi              Limau     Cawan berisi air   Jam loceng
                                                                         panas
              Kaedah:
                1.  Aktiviti dijalankan secara berpasangan.
                2.  Tindakan-tindakan yang berikut dilakukan:
                   (a)  Cahaya lampu suluh diarahkan kepada rakan
                   (b)  Batang sawi dikunyah
                   (c)  Limau dihidu untuk beberapa ketika
                   (d)  Sisi cawan yang berisi air panas disentuh
                   (e)  Mata rakan ditutup, kemudian penggera jam loceng dibunyikan secara tiba-tiba
                3.  Setiap gerak balas dan organ deria yang terlibat terhadap tindakan tersebut diperhati
                   dan dicatatkan.
              Pemerhatian:

                      Rangsangan                         Gerak balas                   Organ deria
                  Cahaya lampu suluh            Menutup mata dengan tangan                Mata

                   Rasa batang sawi               Mengerut-ngerutkan dahi                 Lidah
                       Bau limau                   Menghidu beberapa kali                Hidung

                       Air panas                Menarik tangan dengan pantas              Kulit
                    Bunyi jam loceng           Menutup telinga dengan tangan             Telinga

              Perbincangan:
                1.  Organ deria menerima rangsangan cahaya, rasa, bau, sentuhan, panas, sejuk, sakit dan
                   bunyi.
                2.  Organ deria yang terlibat ialah mata, lidah, hidung, kulit dan telinga.

              Kesimpulan:
              Gerak balas terhadap rangsangan yang diterima melibatkan keseluruhan atau sebahagian
              tubuh manusia.




                                                                                                  19






    02 Focus SC 4_p13-22.indd   19                                                                  2/19/20   1:45 PM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14