Page 52 - Hybrid PBD Geografi TG3_Edisi Guru
P. 52
Geografi Tingkatan 3 Bab 2
PBD
PBD 2.3 Mentafsir Carta Pai Buku Teks ms. 26-27
PBD
4. Carta pai di bawah menunjukkan peratus barangan eksport terpilih Negara X pada tahun 2015. Tafsirkan
carta pai tersebut. SP 1.2.3 TP4
Barangan eksport terpilih Negara X tahun 2015
11%
PETUNJUK
Getah
35%
14%
Mineral
Keluaran kilang
Kelapa sawit
15% Kayu balak
25%
Nilai Eksport: RM500 juta
(a) Apakah barangan eksport di Negara X pada tahun 2015?
Carta pai menunjukkan barangan eksport terpilih bagi Negara X pada tahun 2015, iaitu getah, mineral,
keluaran kilang, kelapa sawit dan kayu balak.
(b) Nyatakan jumlah keseluruhan nilai eksport, barangan eksport terpenting dan peratusnya serta barangan
eksport paling rendah dan peratusnya.
• Jumlah keseluruhan nilai eksport ialah RM500 juta.
• Getah mencatat nilai eksport yang tertinggi, iaitu 35 peratus (RM175 juta) daripada jumlah nilai
eksport.
• Manakala kayu balak mencatat nilai eksport yang terendah, iaitu 11 peratus (RM55 juta) daripada
jumlah keseluruhan nilai eksport.
(c) Nyatakan perbezaan antara nilai eksport (peratus) tertinggi dengan terendah (peratus). Nyatakan juga
nilai eksport yang lain.
• Perbezaan antara nilai eksport tertinggi dengan nilai eksport terendah ialah 24 peratus (RM120 juta).
• Barangan eksport yang kedua terbesar ialah mineral, iaitu 25 peratus (RM 125 juta) dan ketiga terbesar
ialah keluaran kilang, iaitu 15 peratus (RM75 juta) daripada jumlah keseluruhan nilai eksport, diikuti
kelapa sawit sebanyak 14 peratus (RM70 juta).
(d) Rumusan ringkas tentang barangan eksport Negara X pada tahun 2020.
Eksport utama Negara X adalah barangan berasaskan pertanian, iaitu getah dan kelapa sawit yang
bernilai 49 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai eksport. Eksport lain termasuklah mineral, keluaran
kilang dan kayu balak.
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Saya berjaya:
• mentafsir carta pai
19 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
02 HYBRID PBD Geo Tg3_p16-24.indd 19 8/12/21 7:03 PM

