Page 55 - Hybrid PBD Geografi TG3_Edisi Guru
P. 55
Geografi Tingkatan 3 Bab 2
(a) Berdasarkan carta pai yang anda lukis, apakah yang dapat ditafsirkan tentang barangan import utama
Negara X bagi tahun 2019?
Carta pai menunjukkan barangan import utama Negara X pada tahun 2019, iaitu jentera dan mesin
kilang, kayu dan hasil keluaran kayu, petroleum mentah, gas asli cecair, bahan besi dan keluli serta getah
asli. Jumlah keseluruhan nilai import ialah RM25 bilion. Jentera dan mesin kilang adalah barangan import
yang paling utama, iaitu 35 peratus, manakala getah asli merupakan barangan import terendah, iaitu 5
peratus.
[4 markah]
(b) Jelaskan kepentingan sektor perindustrian terhadap pembangunan sesebuah negara.
Menjana peluang pekerjaan.
Mewujudkan banyak peluang pekerjaan dalam aktiviti pengeluaran; pengangkutan, pemasaran dan
pemprosesan.
Menjana sumber pendapatan / sumber pertukaran wang asing negara.
Hasil dan cukai eksport; cukai keuntungan syarikat atau pekilang dan cukai pendapatan pengusaha
serta pekerja.
[4 markah]
2. (a) Berdasarkan Jadual 2, lukis carta pai yang menunjukkan peratus pengeluaran buah-buahan utama
Malaysia pada tahun 2017.
Gunakan jejari 5 cm untuk carta pai anda.
Peratus pengeluaran buah-buahan utama Malaysia, 2017
Buah-buahan Peratus pengeluaran (%)
Pisang 26.4
Nanas 25.6
Durian 15.9
Tembikai 13.0
Jambu 6.3
Lain-lain 12.8
Jumlah 100
Jadual 2
(Sumber: Jabatan Pertanian)
[7 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 22
02 HYBRID PBD Geo Tg3_p16-24.indd 22 8/12/21 7:03 PM

