Page 26 - Focus PT3 2022 - Reka Bentuk Teknologi
P. 26

RBT PT3  Bab 1  Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi
              Definisi Invensi
          T
                                                               INFO  RBT
                                                                     RBT
                                                               INFO  RBT
          i
                1.  Invensi  merupakan  satu  proses mencipta
          n
          g
                   produk  baharu  atau  perkhidmatan  yang      Invensi yang tidak boleh diberi paten ialah proses
          k
          a
         t
                   belum pernah ada sebelumnya dan belum         atau produk yang menggunakan bahan atau
         a
         n
         1         dipatenkan.                                   pelaksanaannya bertentangan dengan peraturan,
                2.  Penemuan produk baharu ini hasil daripada    perundangan, agama atau norma masyarakat.
                   eksperimen, pengamatan secara tidak
                   sengaja atau melalui kajian.
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                3.  Sesuatu rekaan produk itu tidak lagi dipanggil
                   invensi apabila tempoh penciptaannya            Praktis Formatif 1 3 1
                   melebihi 10 tahun atau penggunaannya                                         •  Menilai
                   semakin  kerap dan  biasa  dalam  kalangan    Televisyen  sekarang  ini  semakin  nipis  dan
                   manusia. Contohnya, penemuan pesawat          mempunyai pelbagai fungsi. Adakah ia invensi
                                                                 atau inovasi?
                   terbang oleh Wright bersaudara, iaitu Orville
                   Wright dan Wilbur Wright merupakan satu
                   produk invensi pada masa itu.
              Definisi Inovasi
                1.  Inovasi merupakan pengubahsuaian terhadap produk sedia ada dengan membuat pembaharuan
                   dan peningkatan fungsi agar ianya lebih baik, menarik, menjimatkan, dan mempunyai pelbagai
                   fungsi.
                2.  Contohnya telefon bimbit yang bersaiz besar telah diinovasikan dengan saiz yang lebih kecil,
                   mempunyai pelbagai fungsi, dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja kerana harganya lebih
                   berpatutan.


              Aplikasi Prinsip Invensi dan Inovasi dalam Kerjaya Reka Bentuk
                1.  Sesuatu reka bentuk yang baik ialah suatu produk yang dapat berfungsi dengan baik dan cekap.
                   Produk tersebut juga perlu ekonomikal dalam lingkungan kekangan yang dikenakan serta
                   mempunyai prinsip invensi dan inovasi agar ia boleh bersaing di pasaran antarabangsa.
                2.  Terdapat pelbagai bidang kerjaya yang mengamalkan prinsip invensi dan inovasi. Antaranya
                   ialah:
                   (a)  Pertahanan
                       •  Pertahanan negara adalah usaha untuk mempertahankan kedaulatan negara, keutuhan
                         wilayah sebuah negara, dan keselamatan bangsa daripada ancaman dan gangguan.
                       •  Dasar  Pertahanan  Negara  mencerminkan  hasrat  negara  untuk  mempertahankan
                         kepentingan strategiknya dan memelihara keselamatan negara.
                       •  Invensi, inovasi, dan reka bentuk terkini dan canggih dalam pensenjataan, komunikasi,
                         perekodan, dan pengawasan dapat mempertahankan negara daripada ancaman dan
                         gangguan musuh negara.
                       •  Contohnya Angkatan Tentera Malaysia telah menggunakan robot pengesan periuk api
                         yang boleh berfungsi tanpa memudaratkan manusia.
                   (b)  Pendidikan
                       •  Dalam bidang pendidikan, kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi
                         murid yang berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 ini agar dapat bersaing di peringkat
                         global. Maka keupayaan kreativiti, inovasi, dan invensi perlu dipertingkatkan.
                       •  Contohnya pendidik boleh mempamerkan visual termasuk laman web serta grafik dengan
                         lebih berkesan dengan bantuan alat pemapar projektor.


                 20





         001 FOKUS RBT Ting1.indd   20                                                                 13/12/2021   8:20 AM
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31