Page 27 - Focus PT3 2022 - Reka Bentuk Teknologi
P. 27

RBT PT3  Bab 1  Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi

                     (c)  Kesihatan                                                                           T
                         •  Bidang  kesihatan  kini  sedang  menjalani  suatu                                 i
                                                                                                              n
                            perkembangan pantas melalui pelbagai inovasi.                                     k
                                                                                                              g
                         •  Pelbagai  jenis  alatan  kesihatan  dan  sokongan  yang                           a
                                                                                                              t
                            dihasilkan adalah seperti pengimejan perubatan MRI                                n
                                                                                                              a
                            (Magnetic Resonance Imaging) yang menggunakan                                     1
                            teknologi nanoteknologi. Imej yang dihasilkan adalah
                            lebih jelas dari pelbagai sudut dan tepat.
                     (d)  Pembuatan
                         •  Bidang  pembuatan  merupakan  integrasi  pelbagai
                            kemudahan  dan  sistem  untuk  menghasilkan  produk   Gambar foto 1.11 Pengimejan
                            berkualiti dengan pengeluaran yang optimum, dengan         perubatan MRI
                            mengaplikasikan prinsip fizik dan hasil daripada kajian
                            sistem pembuatan.
                         •  Teknik pembuatan sebenarnya berkaitan dengan mesin
                            yang akan menukarkan bahan mentah menjadi produk
                            baharu.
                         •  Berjaya  atau  tidak  teknik  pembuatan  bergantung
                            kepada peningkatan bidang teknologi dan penyebaran
                            inovasi serta invensi.
                         •  Contohnya  penghasilan  mesin  pencetak  3D  yang
                            memudahkan kerja reka bentuk dengan hanya
                            menekan butang arahan sahaja.                       Gambar foto 1.12 Pencetak 3D
                     (e)  Teknologi maklumat
                         •  Teknologi  maklumat  telah  menjadi  sebahagian  daripada  kehidupan  kita.  Ia  menjadi
                            semakin penting di dalam kerja harian kita.
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                         •  Sejak telefon dicipta, saban hari manusia telah menyaksikan kemunculan pelbagai ciptaan
                            saintifik yang lebih canggih seperti radio, televisyen, komputer, video, dan sebagainya.
                         •  Melalui  telefon  pintar,  kerja  manusia  menjadi  semakin  senang  kerana  telefon  pintar
                            kini boleh digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi, melayari internet, sebagai alat
                            hiburan, menggunakan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), dan sebagainya.
                Invensi dan Inovasi dalam Reka Bentuk Terkini

                  1.  Selagi manusia mempunyai kehendak, reka bentuk akan terus berkembang maju.
                  2.  Inovasi sering dikaitkan dengan bidang pembangunan reka bentuk yang menghasilkan pelbagai
                     produk yang mempunyai pelbagai ciri kemudahan dan kelebihan untuk membantu manusia
                     menjalankan aktiviti seharian mereka.
                  3.  Biasanya aktiviti reka bentuk melibatkan gabungan bidang sains dan teknologi beserta idea
                     kreatif untuk membangunkan produk yang unik dengan fungsi yang tersendiri selaras dengan
                     perkembangan era globalisasi kini.
                  4.  Berikut merupakan sebahagian daripada reka bentuk terkini yang ada di pasaran:



                   Telefon pintar pengesan gempa bumi


                  Dari segi geologi, gempa bumi merupakan satu proses semula jadi. Gegaran yang dirasai oleh seseorang ketika
                  berlakunya gempa bumi adalah disebabkan oleh gelombang seismos yang bergerak di dalam dan permukaan
                  bumi. Oleh itu, dengan adanya aplikasi telefon pintar yang dinamakan MyShake, gempa bumi dapat dikesan
                  dan ini membolehkan manusia mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan diri dan harta benda.



                                                                                                      21





         001 FOKUS RBT Ting1.indd   21                                                                 13/12/2021   8:20 AM
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32