Page 65 - Mahir PBD KSSR 2022 Thn 5 - Bahasa Melayu
P. 65
Tarikh: .......................
Tema 3: Keselamatan
UNIT
7 Bijak Bertindak
Modul PBD Praktis DSKP TP
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Halaman Buku Teks: 48
Standard Pembelajaran
1.2.2 Bertutur dan menghuraikan maklumat tersurat dan tersirat yang dikenal pasti dengan menggunakan idea yang kritis dan
kreatif.
Huraikan maklumat tersurat dan tersirat secara kritis dan kreatif.
Panduan dan Peraturan Pemain Futsal
• Lakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan.
• Pakai pad kaki untuk keselamatan tulang kering.
• Pakai kasut yang bertapak rata.
• Jangan memegang atau menolak lawan.
Baiklah, cikgu.
Ammar, tolong jelaskan panduan
dan peraturan permainan futsal ini
kepada rakan-rakan kamu. Cikgu
hendak ke bilik guru sebentar.
Kawan-kawan, sebelum memulakan permainan, kita hendaklah melakukan aktiviti
memanaskan badan. Sila berikan perhatian kepada kasut kerana penggunaan kasut yang
sesuai memainkan peranan utama untuk pergerakan. Kita mesti memakai kasut yang
bertapak rata. Kita juga perlu memakai pad kaki untuk keselamatan tulang kering. Selain itu,
kita juga perlu mematuhi teknik permainan yang betul bagi mengelakkan kemalangan. Jangan
memegang atau menolak pemain lawan. Akhir sekali, sebelum mengakhiri permainan, kita
mestilah melakukan penyejukan badan bagi mengelakkan kejutan otot.
Terima kasih, Ammar. Kami
akan mengikuti arahan
yang kamu sampaikan itu.
Tandatangan Guru: Tarikh:
25 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
07 PERFECT PBD BM T5 2P.indd 25 16/08/2021 10:58 AM

