Page 69 - Mahir PBD KSSR 2022 Thn 5 - Bahasa Melayu
P. 69

Bahasa Melayu  Tahun 5  Unit 8  Awasi Langkahmu


               Modul PBD          Praktis DSKP                                                TP
                  Kemahiran Membaca
                                                                                   Halaman Buku Teks: 56 – 57
            Standard Pembelajaran
            2.3.1	 Membaca	dan	meneliti	kandungan	teks	karya	sastera	dan	karya	bukan	sastera	untuk	membuat	rumusan.

           Baca dan teliti sajak di bawah. Kemudian, buat rumusan.




                         Berhati-hati pada Setiap Langkahmu
                     Kini…
                     Sejahtera,	damai,	dan	percaya
                     Semakin	pupus	dek kerakusan
                     Insan	bertopengkan	manusia
                     Kecurian,	rompakan,	ragut,	penculikan
                     Berleluasa…

                     Keganasan…
                     Mengundang	gusar	insan
                     Tidur	malam	tiada	kepuasan
                     Sebaliknya	kehidupan	siang
                     Semakin	meresahkan…
                     Ingatlah…
                     Berwaspada	setiap	saat                                           Kosa Kata
                     Di	jalan,	pasar	raya,	taman	permainan
                     Anak	kecil	bergandinglah	dengan	bondamu                  •  dek – kerana/oleh
                                                                              •  kerakusan – kegelojohan
                     Usah	dilepaskan	tanggungjawabmu                          •  gusar – marah
                     Kelak	menyesal	tiada	sudahnya.

                                                                                       KBAT  Menganalisis
                                                                                       KBAT
           Kita	 tidak	 boleh	 mempercayai	 semua	 orang	 kerana	 semakin	 banyak	 manusia	 yang	 tidak

           berperikemanusiaan	sehingga	sanggup	melakukan	pelbagai	jenayah.	Segala	perbuatan	tersebut

           menyebabkan	kita	tidak	dapat	menjalani	kehidupan	dengan	tenteram,	sebaliknya	sering	gelisah

           kerana	bimbang	akan	kejadian	buruk	yang	mungkin	menimpa	diri.	Kanak-kanak	diingatkan	agar

           sentiasa	berdekatan	dengan	ibu	bapa,	terutamanya	ketika	berada	di	tempat	awam.	Ibu	bapa
           pula	diminta	tidak	mengabaikan	tanggungjawab	menjaga	keselamatan	anak-anak	mereka.


                                       Praktis PdPR           Jawapan
                              GURU     Tema 3        GURU     Praktis PdPR
                                                     GURU
                              GURU
                                                              Tema 3

           Tandatangan Guru:    GURU                GURU                      Tarikh:
                              GURU
                                                     GURU
                                                       29                          Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.





   08 PERFECT PBD BM T5 2P.indd   29                                                            16/08/2021   10:59 AM
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74