Page 72 - Mahir PBD KSSR 2022 Thn 5 - Bahasa Melayu
P. 72

Bahasa Melayu  Tahun 5  Unit 8  Awasi Langkahmu


             Modul PBD         Praktis DSKP                                                 TP
               Aspek Tatabahasa
                                                                                    Halaman Buku Teks: 43
         Standard Pembelajaran
         5.1.3	 Memahami	dan	menggunakan	pelbagai	kata	adjektif	mengikut	konteks.

        Lengkapkan dialog dengan kata adjektif yang sesuai.  GURU     Nota
                                                             GURU
                                                                      Kata Adjektif
               elok                  licin                lewat GURU            takut
                                                            GURU

                          laju                selesai                cepat                sabar



        Adam	dan	Haziq	berbual-bual	ketika	menuruni	tangga	sekolah.	Mereka	hendak	ke	kantin.	Tiba-
        tiba	…


        Lukman:	 Tepi,	tepi,	tepi.
        Adam:	    Mengapa,	 Lukman?	 Lari	 bukan	 main	    laju    	 lagi	 sehingga	 kami	 pun	 hendak
                  dilanggar.
        Haziq:	   Siapa	pula	yang	mengejar	kamu	pagi-pagi	ini,	Lukman?	Kamu	ada	berhutang	dengan
                  sesiapa?	Jika	betul,	kamu	harus	melunaskan	hutang	itu.	Tak	    elok    	berhutang
                  lama-lama.
        Lukman:	 Maafkan	saya,	Adam,	Haziq.	Saya	tidak	dikejar,	apatah	lagi	berhutang	dengan	sesiapa

                  pun.	Sebenarnya,	saya	hendak	    cepat   	masuk	ke	kelas.	Saya	hendak	menyiapkan
                  latihan	Matematik	yang	belum	   selesai  .
        Adam:	    Lukman,	kamu	berlari	semasa	menaiki	tangga.	Tidak	   takut    	jatuh?	Lantai	tangga

                  ini	   licin   .	Kalau	kamu	terjatuh,	kamu	boleh	cedera.
        Lukman:	 Saya	tahu	dan	minta	maaf	daripada	kalian.	Jika	saya	   lewat   	menghantar	latihan
        	         Matematik,	saya	tentu	dimarahi	oleh	cikgu.
        Haziq:	   Kami	maafkan	tetapi	kamu	jangan	mengulang	perbuatan	ini	lagi.	Kita	mesti	sentiasa
                  berwaspada	untuk	mengelak	daripada	berlakunya	sebarang	musibah	yang	berpunca
                  daripada	sikap	kita	yang	tidak		  sabar   .	Kita	mesti	berhati-hati	semasa	menuruni
        	         dan	menaiki	tangga.
        Lukman:	 Terima	kasih	atas	nasihat	kamu	berdua.








        Tandatangan Guru:                                                   Tarikh:


        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               32






   08 PERFECT PBD BM T5 2P.indd   32                                                            16/08/2021   10:59 AM
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77