Page 9 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 9
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Segmen Info
Punca penderaan kanak-kanak:
• wujudnya manusia yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan ahli keluarga
• faktor tekanan menyebabkan kanak-kanak didera
• masalah kesempitan hidup atau masalah kewangan keluarga
• kurang pendidikan agama
• sejarah hitam ibu bapa sewaktu kecil yang pernah menjadi mangsa penderaan oleh kedua
orang tuanya
Apakah itu Talian Nur 15999 hotline?
• Talian Nur memberikan perkhidmatan kecemasan dan pertanyaan serta aduan tentang
penderaan kanak-kanak, pengabaian, keganasan rumah tangga, dan lain-lain
Model
36 Kawasan Pelancongan Segara
Lihat pelan di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.
PELAN KAWASAN PELANCONGAN SEGARA
Pejabat Pelancongan
Hutan Lipur Segara
Air Terjun
Tapak Paleolitik Kota Tampan Bukit Kilau
Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• banyak kawasan pelancongan di negara ini yang boleh dimajukan – kawasan Pelancongan Segara
• tapak Paleolitik Kota Tampan – zaman prasejarah – kesan arkeologi masyarakat yang tinggal 200,000
hingga 300 000 tahun dahulu
• mempunyai kawasan air terjun – merehatkan minda dan bersantai bersama-sama keluarga
• sukan mendaki di Bukit Kilau – cabaran kepada penggemar sukan mendaki
• Hutan Lipur Segara – mengeksplorasi kehidupan flora dan fauna
42
Bab 1c Ulasan.indd 42 15/03/2021 11:15 AM

