Page 11 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 11
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Kepentingan ramalan kaji cuaca:
• Membantu aktiviti ekonomi
• Memudahkan perancangan sesuatu aktiviti
• Membuat persediaan menghadapi sesuatu bencana
Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• membantu aktiviti ekonomi – ramalan ketinggian ombak dan kelajuan angin sebagai panduan kepada
nelayan
• memberikan ruang untuk membuat persediaan awal – menangani sebarang kemungkinan – bencana
alam
• perancangan program aktiviti – kalendar pelancongan, sukan, dan aktiviti luar – peringkat kebangsaan
– memastikan kejayaan program
Model Ulasan Mantap
Ramalan kaji cuaca penting sebagai panduan Sudut Kata
tentang keadaan cuaca yang bakal berlaku, sekali • ramalan – sesuatu yang diduga
gus membolehkan pelbagai aktiviti harian dirancang. akan berlaku
Tanpa ramalan cuaca, aktiviti kita akan terganggu. • ombak – gerakan air yang turun
naik atau bergulung-gulung
Ramalan cuaca juga membantu aktiviti ekonomi. • dirangka – diatur, disusun
Ramalan ketinggian ombak dan kelajuan angin sering
menjadi panduan kepada nelayan untuk aktiviti menangkap ikan. Selain itu, ramalan
cuaca memberikan ruang kepada pihak yang berkenaan untuk membuat persediaan awal
jika berlakunya bencana alam. Hal ini dapat menyelamatkan nyawa selain mengurangkan
kerosakan harta benda. Perancangan program aktiviti seperti menyediakan kalendar
pelancongan dan aktiviti luar peringkat kebangsaan juga dapat dirangka berpandukan
ramalan cuaca untuk memastikan kejayaan sesuatu program. Kesimpulannya, ramalan cuaca
banyak memberikan manfaat kepada manusia.
(94 patah perkataan)
Segmen Info
Ramalan kaji cuaca di Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, di bawah
Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi. Antara fungsi jabatan ini adalah untuk membekalkan
perkhidmatan meteorologi dan seismologi bagi keselamatan operasi di udara, darat, dan laut,
mencerap dan mengarkib data meteorologi dan seismologi negara, serta mempromosi kefahaman
dan kemajuan sains meteorologi, seismologi, dan tsunami.
Kepentingan ramalan kaji cuaca yang lain:
• Membantu juruterbang memilih laluan selamat untuk penerbangan mereka
• Memberikan amaran kepada penduduk di sepanjang pantai tentang kemungkinan
berlakunya bencana seperti puting beliung, ribut taufan, tsunami. Pemindahan awal boleh
dilakukan untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda.
44
Bab 1c Ulasan.indd 44 15/03/2021 11:15 AM

