Page 5 - Ranger PT3 Pendidikan Islam 2020
P. 5

PELAJARAN
                  16                TAYAMUM DENGAN DEBU SUCI



                                                                                   Tingkatan 2




                16.1    Maksud Tayamum




                 Bahasa       Melakukan sesuatu dengan tujuan.

                              Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan dua tangan dengan cara
                 Istilah      tertentu beserta niat bagi menggantikan wuduk atau mandi wajib.




                16.2    Dalil Nakli Tayamum



                                                                                        …


                                  …
               (Surah al-Maidah: 6)
               Maksudnya: ...dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam perjalanan, atau salah seorang daripada
               kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk
               wuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, sapulah muka kamu dan
               kedua-dua belah tangan kamu dengan tanah (debu) itu...



                16.3    Sebab Diharuskan Tayamum



                 Tiada atau tidak cukup air kerana
                    keperluan lain seperti untuk     Sejuk yang boleh memudaratkan
                                                               kesihatan.
                      dimakan atau diminum.



                                       Sebab diharuskan tayamum


                    Tidak dapat menggunakan air         Air berada di tempat yang
                  kerana penyakit seperti melecur.             terlalu jauh.
         150                                                                                                                                                                                    151





       16.2 RANGER PT3 ISLAM 1P.indd   150                                                05/07/2019   6:00 PM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10