Page 9 - Ranger PT3 Pendidikan Islam 2020
P. 9
PELAJARAN RUKHSAH ANUGERAH DARIPADA
17 ALLAH SWT Tingkatan 2
17.1 Konsep Rukhsah dalam Syariat Islam
1. Rukhsah dari segi bahasa ialah mudah dan ringan. Manakala dari segi istilah ialah
keringanan hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada seseorang yang
mukallaf kerana keuzuran tertentu.
2. Contoh rukhsah dalam ibadat ialah solat jamak dan qasar, menyapu balutan ketika
berwuduk dan solat ketika sakit. Namun begitu, hukum asal solat kekal seperti
biasa apabila sakitnya sembuh.
Solat semasa bermusafir Wuduk di atas balutan Solat ketika sakit
17.2 Hikmah Rukhsah dalam Ibadat
1. Umat Islam dapat menjalankan tanggungjawab agama walaupun ketika dalam
kepayahan.
2. Supaya umat mempunyai keupayaan untuk menunaikan ibadat.
3. Tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya.
4. Menunjukkan Islam adalah agama yang mudah dan praktikal.
17.3 Menyapu Balutan
Maksud Hukum
Menyapu balutan bermaksud menyapu air ke Hukum menyapu balutan adalah
atas pembalut luka bagi menggantikan wuduk wajib ketika berwuduk dan mandi
bagi membolehkan ibadat dilaksanakan. Hal wajib sebagai ganti membasuh atau
ini untuk mengelakkan kemudaratan. menyapu anggota wuduk yang sakit.
154 155
16.2 RANGER PT3 ISLAM 1P.indd 154 05/07/2019 6:00 PM

