Page 14 - Genius PBD Bahasa Melayu Thn 3
P. 14
Bahasa Melayu Tahun 3 Modul 2 Kejayaan Keluarga
B Kemahiran Membaca
SP 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai; (ii) perenggan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, nyatakan “betul” atau
“salah” pada pernyataan yang berikutnya. SP 2.1.1 (ii)
Membeli-belah di Pasar Raya
Pada hujung minggu yang lalu, Zahra mengikut ibu dan ayahnya ke
sebuah pasar raya. Pasar raya tersebut merupakan perniagaan milik
bapa saudaranya.
Suasana di pasar raya itu sungguh bising. Pelbagai jenis barang
dijual di pasar raya itu. Antaranya ialah buah-buahan, sayur-sayuran,
ikan, makanan di dalam tin, serta pakaian.
Para pelanggan sibuk memilih barang keperluan masing-masing.
Zahra dan ibunya menuju ke bahagian keperluan dapur. Ibu Zahra
membeli ikan, ayam, dan beberapa ikat sayur. Semuanya sangat
segar.
Di suatu sudut, Zahra melihat ayahnya membelek-belek sebiji
tembikai. Zahra gemar makan buah tembikai. Zahra dan ibunya
menghampiri ayah yang berada di bahagian buah-buahan itu. Ayahnya
mahu membeli buah tembikai tersebut kerana murah. Selesai membeli
barang keperluan, mereka pun pulang.
1. Zahra mengikut ibu dan ayahnya ke sebuah kedai runcit.
2. Berbagai-bagai jenis barang dijual di pasar raya itu.
3. Para penjual sibuk memilih barang keperluan masing-
masing.
4. Ibu Zahra membeli ikan, ayam, dan beberapa ikat sayur.
5. Ayahnya mahu membeli buah tembikai kerana murah.
TAHAP PENGUASAAN ( ) 1 2 3 4 5 6
7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
02 Modul 2 Genius BM Thn 3.indd 7 07/10/2022 5:24 PM

