Page 9 - Genius PBD Bahasa Melayu Thn 3
P. 9

Bahasa Melayu  Tahun 3  Modul 1 Keluarga Cergas

       B   Kemahiran Membaca

        SP 2.1.1    Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai; (i) ayat tunggal dan ayat majmuk

      Baca  petikan  di  bawah  ini  dengan  sebutan  dan  intonasi  yang  sesuai.
      Kemudian,  kelaskan  ayat-ayat  dalam  petikan  tersebut  sama  ada  ayat
      tunggal atau ayat majmuk.         SP 2.1.1 (i)



        Cuti sekolah sudah bermula. Seperti kebiasaannya, Encik Khairul merancang
        aktiviti berfaedah untuk anak-anaknya, Sofia dan Alia. Mereka selalunya pulang
        ke  kampung,  melancong,  dan  berkelah.  Pada  hari  ini,  Encik  Khairul  hendak
        mengajar  anak-anaknya  berenang.  Sofia  dan  Alia  sangat  gembira.  Mereka
        berjanji akan mematuhi peraturan di kolam renang.
            Mereka mestilah memakai pakaian renang yang sesuai. Selain itu, mereka
        tidak dibenarkan terjun ke dalam kolam renang. Mereka juga dilarang daripada
        berlari  di  tepi  kolam  renang  itu.  Mereka  perlulah  sentiasa  berhati-hati  dan
        berdisiplin sewaktu di kolam renang.

            Berenang  merupakan  aktiviti  senaman  yang  baik.  Berenang  dapat
        menguatkan otot jantung agar kita dapat bernafas dengan baik. Apabila badan
        kita cergas, otak akan menjadi lebih cerdas.





                    Ayat Tunggal                                  Ayat Majmuk




























       TAHAP PENGUASAAN ( ) 1     2     3     4     5     6


      © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               2






 01 Modul 1 Genius BM Thn3.indd   2                                                           07/10/2022   5:23 PM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14