Page 47 - TOP CLASS SEJARAH TG 4 KSSM
P. 47
Sejarah Ting. 4 KSSM Pentaksiran Akhir Tahun
Kertas 2
Dua jam tiga puluh minit
Bahagian A
[40 markah]
Jawab semua soalan.
1. Pembentukan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu berbeza daripada yang berlaku di Barat
kerana ciri negara bangsa berkembang mengikut peredaran masa dan keperluan.
(a) Nyatakan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu.
[3 markah]
(b) Maklumat berikut menunjukkan hubung kait pemerintah dan rakyat dalam Kesultanan Melayu
Melaka.
Rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon: Jikalau tiada akar nescaya pohon tiada
akan dapat berdiri demikian lagi dengan raja itu dengan segala rakyatnya.
Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4
Jelaskan peranan raja dalam Kesultanan Melayu Melaka.
[3 markah]
(c) Huraikan kepentingan kita mempertahankan institusi raja pada hari ini.
[4 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 164

