Page 48 - TOP CLASS SEJARAH TG 4 KSSM
P. 48
Sejarah Ting. 4 KSSM Pentaksiran Akhir Tahun
2. Maklumat berikut adalah antara kandungan surat bantahan yang dihantar oleh Raja-raja Melayu kepada
George Henry Hall, Setiausaha Tanah Jajahan British untuk memohon supaya gagasan Malayan Union
dibatalkan.
Kami menurunkan tandatangan setelah diperdaya oleh MacMichael. Kami diugut supaya menurunkan
tandatangan tanpa menyedari akibatnya.
(a) Nyatakan ciri-ciri Malayan Union.
[3 markah]
(b) Bagaimanakah penduduk Tanah Melayu menentang gagasan Malayan Union?
[3 markah]
(c) Cadangkan langkah-langkah bagi mengelakkan negara kita daripada dijajah pada hari ini.
[4 markah]
3. Pada 18 Jun 1948, Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Melayu bagi membanteras
ancaman komunis.
(a) Jelaskan maksud komunisme.
[1 markah]
(b) Nyatakan tindakan komunis yang mengancam keselamatan negara.
[2 markah]
165 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

