Page 3 - Get Ready Year 6 Bahasa Melayu - Buku A Pemahaman
P. 3

Bahasa Melayu  Tahun 6   Sudut Bahasa

                   Kata Hampir Sama Makna



                 •  Kata hampir sama makna ialah himpunan beberapa perkataan yang mempunyai maksud
                   yang hampir sama.
                 •  Setiap perkataan haruslah digunakan dengan tepat mengikut situasi sesuatu ayat.
                  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

                                          menenun – proses menukarkan benang menjadi kain


                                          Gadis itu menenun songket dengan teliti supaya mendapat mutu
                                          kerja yang berkualiti.



                menyulam – menjahit sulam, iaitu sejenis jahitan yang selari dan
                rapat-rapat

                Cik  Arissa  sedang  menyulam  alas  meja  yang  ditempah  oleh
                pelanggannya.


                                          menganyam – proses menyilang sesuatu supaya berselang-seli


                                          Kakak menganyam ketupat untuk dijadikan hidangan pada pagi
                                          hari raya.




                mengait – merajut dengan jarum kait atau besi yang bercangkuk
                di hujungnya


                Puan  Riana  mengait  baju  sejuk  untuk  bayinya  yang  akan  lahir
                beberapa bulan lagi.




                                          menekat – membuat tekat


                                          Pekerja itu menekat sarung bantal dengan benang emas.





                         menyirat – menjalin atau membetulkan jala atau jaring


                Adam memerhatikan Pak Yunus menyirat jala di pangkin.




              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.             SB–2






         S.BHS G.READY PEMAHAMAN T6 2P.indd   2                                                       17/02/2022   11:26 AM
   1   2   3   4   5   6   7   8