Page 4 - Get Ready Year 6 Bahasa Melayu - Buku A Pemahaman
P. 4

Bahasa Melayu  Tahun 6   Sudut Bahasa

                    Peribahasa



                   •  Peribahasa  ialah  kumpulan  kata  atau  ayat  yang  tetap  susunannya  dan  mempunyai
                     maksud yang tertentu.
                   •  Peribahasa dalam bahasa Melayu terdiri daripada:
                  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                     ✓ Simpulan bahasa  ✓ Perumpamaan  ✓ Bidalan  ✓ Pepatah  ✓ Kata-kata hikmat


                   pahit macam hempedu                           berat mulut
                   Maksud: sesuatu benda yang sangat pahit       Maksud:  tidak  suka  bercakap  atau
                   rasanya                                       pendiam
                   Ayat  contoh:  Adik  batuk  dan  selesema     Ayat  contoh:  Topik  yang  diajarkan  oleh
                   tetapi  dia  tidak  suka  makan  ubat  kerana   Cikgu Fahmi itu tidak difahami oleh Saiful
                   rasanya pahit macam hempedu.                  tetapi  dia  berat  mulut  untuk  meminta
                                                                 penjelasan daripada gurunya itu.




















                   bagai kumbang putus tali                      seperti kera kena belacan
                   Maksud: sangat pantas lari atau jalannya      Maksud:  sangat  gelisah  dan  tidak  diam
                   Ayat contoh: Mereka lari bagai kumbang        (terloncat-loncat)
                   putus  tali  apabila  dikejar  oleh  seorang   Ayat  contoh:  Amirul  ditegur  oleh  datuk
                   lelaki yang kurang siuman.                    kerana tingkah lakunya seperti kera kena
                                                                 belacan ketika menonton perlawanan bola
                                                                 sepak.




















                                                            SB–3                       © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






         S.BHS G.READY PEMAHAMAN T6 2P.indd   3                                                       17/02/2022   11:26 AM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9