Page 25 - FOCUS KSSM TG4 P.SENI
P. 25

Pendidikan Seni Visual  Tajuk 2  Seni Lukisan

                 PROJEK FOLIO
               Pilih  lima orang tokoh Barat yang  anda  gemari.  Kemudian  hasilkan  satu imitasi  dan  inovasi  karya  bagi  setiap
               tokoh lukisan Barat tersebut.
               Tajuk projek           :  Imitasi Karya Pelukis Barat
               Saiz setiap lukisan    :  Tidak kurang daripada 15 cm × 15 cm
               Jumlah bilangan lukisan  :  Lima
               Subjek atau objek lukisan :  Sama seperti karya asal tetapi diberi kelainan dari segi warna dan media.
               Alat dan media         :  Pensel, pen fel, pen mata bola atau pensel arang dan pelbagai media kering yang
                                       sesuai.                                                              Tajuk
               Teknik                 :  Bersesuaian dengan alat dan media yang dipilih.
               Warna                  :  Bebas seperti yang dirancang.
               Kertas                 :  Kertas katrij licin atau yang sederhana tebal.                     2

               Garis Panduan
                 1.  Kulit folio
                   (a)  Gunakan kadbod manila untuk membuat reka bentuk folio.
                   (b)  Keseluruhan folio hendaklah berukuran 40 cm × 30 cm serta mengandungi dua poket untuk menyimpan
                       kertas lukisan.
                   (c)  Setiap poket hendaklah berukuran 40 cm × 27 cm dan dilekatkan dengan teguh di halaman dalam kulit
                       folio.
                   (d)  Tulis tajuk projek, butir nama dan tingkatan dengan jelas di kulit folio.

                 2.  Kajian
                   (a)  Membuat koleksi keratan gambar karya lukisan bagi tokoh pelukis barat yang dipilih.
                   (b)  Membahagikan  koleksi  gambar tersebut mengikut  tokoh. Setiap tokoh perlu  ada  lima  karya mereka
                       sebagai rujukan.
                   (c)  Susun gambar karya lukisan dengan  kemas bertujuan  memberi kesan urutan masa lukisan yang
                       dihasilkan oleh pelukis tersebut.

                 3.  Lakaran
                   (a)  Membuat lakaran berpandukan urutan di langkah dua sebagai sumber ilham.
                   (b)  Lakaran haruslah dibuat berasaskan imitasi karya yang dipilih.
                   (c)  Buat nota catatan bagi setiap lakaran  yang dihasilkan  menggunakan  tulisan tangan atau cetakan
                       komputer.

                 4.  Rangka sebenar
                   (a)  Pilih lima karya yang paling baik dari segi aspek seni visual.
                   (b)  Susun lakaran mengikut urutan bagaimana anda ingin mempersembahkannya.
                   (c)  Tentukan alat, media dan teknik lukisan.
                 5.  Hasil
                   (a)  Sediakan alat dan media lukisan anda.
                   (b)  Lukis dengan teliti di atas kertas katrij berpandukan syarat ukuran lukisan.
                   (c)  Gunakan teknik pilihan anda dan siapkan semua lukisan dengan teliti.
                   (d)  Hasil media tertentu perlu dilindungi pemati.

                 6.  Lain-lain
                   (a)  Buat lukisan tentang
                       –  Alat dan bahan yang digunakan
                       –  Proses dan teknik penghasilan mengikut urutan
                       –  Cadangkan bagaimana karya seni boleh diperkembang lagi untuk karya lain
                   (b)  Lengkapkan juga halaman
                       –  Kandungan
                       –  Kos perbelanjaan
                       –  Penghargaan




                                                                                                    39
   20   21   22   23   24   25   26   27