Page 24 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 24

Ekonomi Semester 2  STPM  Bab 1 Pengenalan
                Akaun Semasa
                  1  Akaun semasa merupakan akaun yang mencatatkan semua urus niaga                            BAB
                    barang nampak, barang tak nampak (perkhidmatan), pendapatan,                              1
                    dan pindahan semasa.

                  2  Butiran yang terkandung dalam akaun semasa terdiri daripada:
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                    (a)  Akaun dagangan – merekod urus niaga yang melibatkan eksport
                        dan import barang nampak.
                    (b)  Akaun perkhidmatan – merekodkan urus niaga yang melibatkan
                        eksport dan import barang tak nampak (perkhidmatan) seperti
                        pengangkutan, perjalanan, perkhidmatan lain, dan urus niaga
                        kerajaan.
                    (c)  Akaun pendapatan primer – merekodkan penerimaan dan
                        pembayaran pendapatan pelaburan dan pampasan pekerja.
                    (d)  Akaun pendapatan sekunder – merekodkan semua bayaran
                        pindahan yang dilakukan oleh pihak swasta dan kerajaan yang
                        meliputi urusan seperti hadiah, derma, kiriman pendapatan pekerja
                        kepada keluarga di negara asalnya, dan bantuan kewangan yang
                        disalurkan kepada sesebuah negara.
                  3  Kedudukan akaun semasa boleh dirujuk kepada imbangan akaun semasa
                    dalam imbangan pembayaran.
                  4  Imbangan akaun semasa boleh dihitung melalui rumus berikut:

                     Imbangan akaun semasa                                           Imbangan akaun semasa
                     = Imbangan  akaun dagangan +  Imbangan akaun  perkhidmatan  +   = Imbangan akaun dagangan +
                       Imbangan akaun pendapatan primer + Imbangan akaun pendapatan     Imbangan akaun
                                                                                      perkhidmatan + Imbangan
                       sekunder                                                       akaun pendapatan primer +
                     dengan                                                           Imbangan akaun pendapatan
                     (a)  Imbangan akaun dagangan                                     sekunder
                         = Nilai eksport barang nampak – Nilai import barang nampak
                     (b)  Imbangan akaun perkhidmatan
                         = Nilai eksport barang tak nampak – Nilai import barang tak nampak
                     (c)  Imbangan akaun pendapatan primer
                         = Jumlah penerimaan pendapatan – Jumlah pembayaran pendapatan
                     (d)  Imbangan pendapatan sekunder
                         = Jumlah penerimaan pindahan – Jumlah pembayaran pindahan

                  6  Antara urus niaga yang dicatatkan dalam bahagian kredit (aliran masuk)
                    akaun semasa ialah:
                    (a)  Eksport barang dan perkhidmatan.
                    (b)  Rakyat asing melancong dan membuat perbelanjaan di negara
                        berkenaan.
                    (c)  Negara asing menggunakan perkhidmatan syarikat pengangkutan
                        dan insurans negara berkenaan.
                    (d)  Penerimaan pendapatan daripada pelaburan oleh rakyat tempatan   Senaraikan tiga urus niaga
                        di luar negara.                                             yang dicatatkan dalam
                    (e)  Rakyat tempatan yang bekerja di luar negara menghantar wang ke   (a)  bahagian debit akaun
                                                                                       semasa.
                        negara asalnya.                                             (b)  bahagian kredit akaun
                    (f)  Bayaran kerajaan negara asing kepada diplomat negaranya di negara   semasa.
                        tempat mereka bekerja.



                                                                                                        21
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29