Page 26 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 26

Ekonomi Semester 2  STPM  Bab 1 Pengenalan
                  9  Berdasarkan nilai yang diperoleh, imbangan akaun semasa menunjukkan angka positif. Ini bermakna
                    aliran masuk wang ke Malaysia melebihi aliran keluar wang dari Malaysia dalam akaun semasa. Malaysia   BAB
                    mengalami lebihan dalam akaun semasa.
                                                                                                              1
                 10  Berdasarkan imbangan yang diperoleh, butiran yang menyumbangkan kepada kemerosotan akaun semasa
                    ialah akaun perkhidmatan, akaun pendapatan primer, dan akaun pendapatan sekunder.
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.





                  1  Aliran pusingan pendapatan menunjukkan aliran pendapatan, barang dan perkhidmatan yang berlaku antara
                    pelaku ekonomi.
                  2  Ekonomi empat sektor atau ekonomi terbuka terdiri daripada empat pelaku ekonomi, iaitu:
                    (a)  Isi rumah
                    (b)  Firma
                    (c)  Kerajaan
                    (d)  Luar negara (eksport-import)
                  3  Isu makroekonomi melibatkan beberapa pemboleh ubah utama, iaitu:
                    (a)  Inflasi
                    (b)  Pengangguran
                    (c)  Pertumbuhan ekonomi
                    (d)  Imbangan pembayaran
                  4  Petunjuk makroekonomi melibatkan
                    (a)  Keluaran Negara Kasar (KNK)
                    (b)  Kitaran perniagaan
                    (c)  Kadar inflasi
                    (d)  Kadar pengangguran
                    (e)  Kadar bunga
                    (f)  Kadar pertumbuhan ekonomi
                    (g)  Akaun dagangan
                    (h)  Akaun semasa
                  5  Rumus penting:
                                     Indeks harga pengguna tahun asas (IHP )
                    (a)  KNK benar =                                  0   × KNK nominal
                                    Indeks harga pengguna tahun semasa (IHP )
                                                                       1
                    (b)  Jurang KNK = KNK potensi – KNK sebenar
                    (c)  Kadar inflasi
                          Indeks harga pengguna tahun semasa (IHP ) – Indeks harga pengguna tahun sebelum (IHP )
                        =                                    1                                      0   × 100
                                             Indeks harga pengguna tahun sebelum (IHP )
                                                                                 0
                    (d)  Jumlah pengangguran = Jumlah tenaga buruh – Jumlah guna tenaga
                                            Jumlah pengangguran
                    (e)  Kadar pengangguran =                   × 100
                                            Jumlah tenaga buruh
                    (f)  Kadar bunga benar = Kadar bunga nominal – Kadar inflasi
                                                  KDNK benar semasa – KDNK benar sebelum
                    (g)  Kadar pertumbuhan ekonomi =                                     × 100
                                                            KDNK benar sebelum
                    (h)  Imbangan pembayaran
                        = Imbangan akaun semasa + Imbangan akaun modal + Imbangan akaun kewangan + Kesilapan dan
                          ketinggalan
                    (i)  Imbangan dagangan = Nilai eksport barang nampak– Nilai import barang nampak
                    (j)  Imbangan akaun semasa
                        = Imbangan akaun dagangan + Imbangan akaun perkhidmatan + Imbangan akaun pendapatan + Pindahan
                           semasa bersih

                                                                                                        23
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31