Page 55 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 55

Ekonomi Semester 2  STPM  Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara

               BAHAGIAN C    Soalan Kuantitatif

              Jawab  semua  soalan. Tunjukkan jalan pengiraan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat
              perpuluhan.
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                1  Jadual di bawah menunjukkan sumbangan sub sektor ekonomi kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar
                  (KDNK) Malaysia dari tahun 2014 hingga tahun 2016.

                                                             2014         2015        2016
                                       Subsektor
                                                           (RM juta)    (RM juta)    (RM juta)
                              Pertanian                        93 048       94 249      89 465
           BAB                Perlombongan dan kuari           90 707       95 508      97 563
                              Pembuatan                       232 527      243 903     254 725
          2                   Pembinaan                        43 115       46 630      50 103
                              Perkhidmatan                    541 412      569 258     601 341
                              (+) Cukai import                 11 639       13 808      15 030
                              KDNK pada harga pembeli        1 012 449   1 063 355    1 108 227

                                                 (Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2017/18)
                  (a)  Apakah maksud perubahan struktur ekonomi?                                      [1]
                  (b)  Hitungkan:
                      (i)  Peratus sumbangan sektor pertama terhadap KDNK pada tahun 2015 dan 2016    [2]
                      (ii)  Peratus sumbangan sektor kedua terhadap KDNK pada tahun 2015 dan 2016.    [2]
                      (iii)  Peratus sumbangan sektor ketiga terhadap KDNK pada tahun 2015 dan 2016.    [2]
                  (c)  Berdasarkan jawapan dalam (b),
                      (i)  Adakah berlaku perubahan struktur ekonomi Malaysia?                        [1]
                      (ii)  Sektor  manakah  yang memberikan sumbangan  terbesar  kepada  KDNK?  Berikan  alasan
                          anda.                                                                       [2]
                2  Jadual di bawah menunjukkan maklumat Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut agregat
                  permintaan di Malaysia dari tahun 2015 hingga 2016.

                                                                            2015        2016
                                          Jenis perbelanjaan
                                                                           (RM juta)   (RM juta)
                            A  Perbelanjaan penggunaan akhir
                              Awam                                           152 118     154 704
                              Swasta                                         626 267     674 836
                            B  Pembentukan modal tetap kasar
                              Awam                                           104 000     105 504
                              Swasta                                         198 640     211 283
                            C  Perubahan inventori dan barangan berharga     – 11 894      1 498
                            D  Eksport barangan dan perkhidmatan             817 370     832 388
                            E  Import barangan dan perkhidmatan              728 778     750 096

                                                   (Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2017/18)
                  (a)  Hitung KDNK pada tahun 2015 dan 2016.                                          [2]
                  (b)  Apakah yang dimaksudkan dengan:
                      (i)  Perbelanjaan penggunaan swasta?                                            [1]
                      (ii)  Pembentukan modal tetap kasar swasta?                                     [1]




               52
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60