Page 50 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 50

Ekonomi Semester 2  STPM  Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
                  7  Struktur perbelanjaan negara
                    (a)  Setiap negara mempunyai cara yang tersendiri untuk membelanjakan
                        pendapatannya. Terdapat negara yang mengutamakan projek       Bagi mendapatkan maklumat
                        pembangunan dan ada pula yang mengutamakan projek kemegahan.   lanjut tentang pendapatan
                    (b)  Walaupun sesebuah negara itu mempunyai pendapatan yang       per kapita, sila layari laman
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                        sedikit, negara itu akan mempunyai taraf hidup yang tinggi jika   web berikut:
                        pendapatannya digunakan untuk membiayai projek pembangunan,   http://ms.wikipedia.org/wiki/
                                                                                      Pendapatan_per_kapita
                        berbanding dengan sebuah negara lain yang mempunyai pendapatan
                        yang tinggi  tetapi  sebahagian  besar daripada  pendapatannya
                        digunakan untuk membiayai projek kemegahan.
                                                                                               INFO
                                                                                                               BAB
                                                                                                              2






                  1  Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ialah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan di dalam negara
                    tanpa mengambil kira faktor pengeluaran yang digunakan adalah milik negara itu sendiri atau milik negara
                    lain yang berada di dalam negara tersebut.

                  2  Keluaran Negara Kasar (KNK) ialah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dengan menggunakan
                    faktor pengeluaran milik negara sendiri sahaja, tanpa mengira faktor pengeluaran tersebut berada di dalam
                    negara atau di luar negara.

                  3  Perbezaan antara KDNK dengan KNK ialah pendapatan faktor bersih luar negeri (PFB ).
                                                                                          LN
                  4  Pendapatan faktor bersih luar negeri (PFB ) ialah perbezaan antara jumlah pendapatan yang diterima oleh
                                                       LN
                    faktor milik negara yang berada di luar negeri dengan bayaran faktor milik negara asing yang berada dalam
                    negeri.
                  5  KNK dan KDNK boleh dinilai mengikut harga pasaran (termasuk cukai tak langsung tetapi tidak termasuk
                    subsidi) atau kos faktor (termasuk subsidi tetapi tidak termasuk cukai tak langsung).
                  6  Perbezaan antara harga pasaran dengan kos faktor ialah cukai tak langsung (CTL) dan subsidi (SUB).
                  7  Keluaran negara nominal ialah keluaran negara yang dihitung mengikut harga semasa.

                  8  Keluaran negara benar ialah nilai keluaran yang tidak dipengaruhi oleh perubahan harga / dihitung mengikut
                    harga tetap atau tahun asas.

                  9  Pendapatan negara ialah jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara
                    dalam tempoh setahun.
                 10  Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan purata yang diperoleh setiap orang penduduk dalam tempoh
                    masa setahun.
                 11  Pendapatan per kapita benar yang dihitung mengikut harga tetap sesuai digunakan untuk mengukur taraf
                    hidup penduduk di sesebuah negara.

                 12  Terdapat tiga kaedah pengiraan pendapatan negara, iaitu:
                    (a)  Kaedah perbelanjaan (nilai barang akhir)
                    (b)  Kaedah keluaran (nilai ditambah)
                    (c)  Kaedah pendapatan (pendapatan faktor).






                                                                                                        47
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55