Page 23 - Hybrid PBD 2022 Tingkatan 4 - Perniagaan
P. 23

Perniagaan  Ting. 4 KSSM  Bab 2  Trend Semasa dalam Perniagaan
                                                     Bahagian C


               10.
                    Syarikat Handal Sdn.  Bhd.  merupakan  sebuah  perniagaan yang menjual lampu hiasan  di Ipoh,
                    Perak. Terdapat pelbagai jenis lampu hiasan yang dijual oleh Syarikat Handal Sdn. Bhd.. Lampu
                    hiasannya terdiri daripada lampu hiasan buatan Malaysia, Korea, China, dan Jepun. Syarikat Handal
                    mengimport lampu dari pelbagai negara dan dijual pada harga yang berpatutan untuk menarik lebih
                    ramai pembeli. Lampu yang dijual oleh Syarikat Handal mempunyai keunikan dalam reka bentuk
                    dan jaminan produk selama satu hingga tiga tahun.
                        Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                    Bagi meningkatkan  jualan lampu,  Syarikat Handal telah merancang  strategi  pemasaran untuk
                    memasarkan lampu. Antaranya termasuk pengiklanan di media massa dan aktiviti promosi menjual
                    lampu pada harga diskaun.  Tambahan pula,  Syarikat  Handal juga menyediakan  perkhidmatan
                    penghantaran ke rumah dengan siap pasang tanpa bayaran tambahan.

                    Perniagaan ini telah beroperasi selama lima tahun. Kini, Syarikat Handal mempunyai 70 orang
                    pekerja. Setiap tahun, Syarikat Handal akan merekrut pekerja baharu lepasan universiti dan juga
                    akan  menaikkan  pangkat  pekerja  yang berkebolehan  dan  berkemahiran  tinggi.  Syarikat  Handal
                    menyediakan pelbagai program, latihan, dan pembangunan kepada pekerja-pekerja agar mereka
                    dapat pengetahuan dan kemahiran yang terkini.

                    Operasi harian Syarikat Handal diuruskan oleh pengurus besarnya Encik Faiz. Encik Faiz merupakan
                    seorang pengurus yang mengamalkan  gaya  pengurusan yang  toleransi serta mementingkan
                    hubungan pengurusan atasan dengan pekerja. Dia percaya kaedah ini dapat memotivasikan pekerja
                    serta meningkatkan semangat dan prestasi pekerja dalam melaksanakan tugas.



                  Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:
                  (a)  Terangkan elemen campuran pemasaran yang dilaksanakan oleh Syarikat Handal dalam aktiviti
                      pemasaran perniagaannya.                                                  [8 markah]
                                                                                                  Buku Teks
                                                                                   KBAT  Menganalisis      m.s. 103 – 104

                  (b)  Jelaskan dua kelebihan dan dua kekurangan Syarikat Handal merekrut pekerja baharu lepasan
                      universiti.                                                               [8 markah]
                                                                                                  Buku Teks
                                                                                                   m.s. 103
                  (c)  Jelaskan gaya pengurusan yang diamalkan oleh Encik Faiz.                 [4 markah]
                                                                                                  Buku Teks
                                                                                                  m.s. 101 – 102




















              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               44






         02 Hybrid PNiagaan Tg4_EM.indd   44                                                           12/10/2021   4:40 PM
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28