Page 24 - Hybrid PBD 2022 Tingkatan 4 - Perniagaan
P. 24
Perniagaan Ting. 4 KSSM Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan
Tip
Menjawab
1. Situasi berikut menunjukkan Syarikat Yan Ming Wallpapers Sdn. Bhd..
Syarikat Yan Ming Wallpapers Sdn. Bhd. merupakan sebuah perniagaan yang menjual kertas
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
hiasan dinding secara e-dagang. Pada tahun 2019, Syarikat Yan Ming Wallpapers Sdn. Bhd.
telah mula beroperasi dan mencapai jumlah jualan tahunan sebanyak RM300 000. Pada tahun
2020, Syarikat Yan Ming Wallpapers Sdn. Bhd. mula mengadakan promosi yang agresif untuk
meningkatkan jualan. Jumlah jualan pada tahun 2020 ialah sebanyak RM500 000. Namun,
pada tahun 2021, akibat keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, Syarikat Yan Ming
Wallpapers Sdn. Bhd. hanya mencapai jumlah jualan sebanyak RM400 000.
(a) Jelaskan trend perniagaan Syarikat Yan Ming Wallpapers Sdn. Bhd..
(b) Berdasarkan situasi di atas, apakah faktor luaran yang mempengaruhi jumlah jualan tahunan
Syarikat Yan Ming Wallpapers Sdn. Bhd.?
(c) Terangkan faktor dalaman yang akan mempengaruhi jumlah jualan Syarikat Yan Ming Wallpapers
Sdn. Bhd..
2. Gambar di bawah menunjukkan penyertaan wanita dalam pekerjaan.
Pada pendapat anda, apakah kesan perubahan pasaran buruh ini ke atas sesebuah perniagaan?
3. Maklumat berikut menunjukkan negara X.
• Harga barang keperluan asas meningkat sebanyak 3%
• Harga makanan yang dijual meningkat 2%
• Harga rumah meningkat sebanyak 3%
(a) Jelaskan keadaan ekonomi negara X.
(b) Jelaskan kesan keadaan ekonomi terhadap negara X.
(c) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan negara X untuk membendung keadaan
ekonomi tersebut.
45 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
02 Hybrid PNiagaan Tg4_EM.indd 45 12/10/2021 4:40 PM

