Page 15 - Praktis Pintar KSSM Sains - Thn 4
P. 15
Nama: ......................................................................... Kelas: ............................ Tarikh: ............................
TEMA 3
Praktis Sains Fizikal
7 Tenaga
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Halaman Buku Teks: 123 – 140
NOTA PINTAR
7.1 Tenaga dan Sumbernya
1. Tenaga adalah keupayaan untuk melakukan kerja.
2. Tenaga diperoleh daripada beberapa sumber tenaga seperti:
• Matahari • Air
• Bahan api fosil • Nuklear
• Biojisim • Ombak
• Angin
3. Tenaga boleh wujud dalam pelbagai bentuk iaitu:
Tenaga suria • Dapat menjana tenaga elektrik
• Diperoleh daripada Matahari
Tenaga haba • Dibebaskan oleh objek yang panas.
• Contoh: Lilin dan air panas
Tenaga cahaya • Dihasilkan daripada objek yang memancarkan cahaya
• Membolehkan objek dilihat di sekeliling
• Contoh: Kilat, api dan lampu
Tenaga elektrik • Terhasil daripada pengaliran arus di dalam litar elektrik lengkap
• Digunakan pada alat elektrik seperti televisyen dan komputer
Tenaga kinetik • Terdapat pada objek yang bergerak
• Contoh: Angin bertiup dan orang yang sedang berjalan
Tenaga keupayaan • Tenaga yang tersimpan disebabkan kedudukan objek dari tempat tinggi,
objek dimampat atau objek diregang.
• Contoh: Buah kelapa jatuh dan lastik ditarik
Tenaga nuklear • Berasal daripada bahan nuklear
• Tenaga ini dihasilkan di dalam reaktor nuklear.
Tenaga kimia • Tenaga yang tersimpan di dalam makanan, bahan api fosil, biojisim
atau bateri.
Tenaga bunyi • Dihasilkan oleh objek yang bergetar
• Contoh: Bunyi gendang dan bunyi radio
53 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Untitled-7.indd 53 7/25/21 9:41 PM

