Page 16 - Praktis Pintar KSSM Sains - Thn 4
P. 16
Tahun 4 Praktis 7 Tenaga
4. Tenaga boleh berubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain.
Aktiviti Perubahan bentuk tenaga
Budak lelaki mengayuh basikal Tenaga kimia Tenaga kinetik
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Kipas sedang bergerak Tenaga elektrik Tenaga kinetik + Tenaga bunyi
Bermain alat muzik biola Tenaga kinetik Tenaga bunyi
Simbol anak panah ( ) bermaksud “berubah kepada”
5. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk
yang lain.
7.2 Sumber Tenaga Boleh Dibaharui dan Sumber Tenaga Tidak Boleh Dibaharui
1. Sumber tenaga yang boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang boleh dijana secara berterusan.
Sumber ini tidak akan habis dan berpotensi sebagai tenaga masa depan.
2. Contoh sumber tenaga yang boleh dibaharui:
• Matahari • Angin • Ombak • Biojisim • Air
3. Sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang terhad dan tidak boleh dijana
semula. Sumber ini akan habis apabila digunakan dan tidak dapat diganti semula.
4. Contoh sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui:
• Nuklear • Arang batu • Petroleum • Gas asli
5. Bahan api fosil merupakan sumber tenaga penting kepada manusia. Ia digunakan untuk memasak,
menjana elektrik dan menggerakkan kenderaan.
6. Bahan api fosil perlu digunakan dengan berhemah untuk penjimatan. Kehabisan sumber ini akan
menimbulkan kesusahan kepada aktiviti manusia pada masa depan.
7. Ketiadaan bekalan elektrik menyukarkan kerja manusia. Kipas dan penghawa dingin yang tidak
berfungsi menyebabkan kehidupan manusia tidak selesa.
8. Jika tiada bahan api fosil, kenderaan tidak boleh bergerak dan manusia tidak dapat bergerak ke
tempat yang jauh dalam waktu yang singkat.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 54
Untitled-7.indd 54 7/25/21 9:42 PM

