Page 28 - PWR UP SEJARAH TG2
P. 28

Sejarah  Tingkatan 2  Bab 6
           8.  Berdasarkan perkara-perkara berikut, buat satu penilaian tentang kegiatan persuratan Kesultanan Johor Riau.
                                                                                                      SP 6.2.2    TP5

               (a)  Tokoh persuratan Tun Seri Lanang
                   Nama sebenar ialah Tun Muhammad bin Tun Ahmad Paduka Raja.

                   Beliau dilahirkan pada tahun 1565 di Bukit Seluyut, Kota Tinggi.

                   Beliau memegang jawatan sebagai Bendahara Johor semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat

                   Shah II.
                   Raja Abdullah, adinda Sultan Alauddin Riayat Shah II menitahkan beliau menyusun dan menulis semula

                   Sulalatus Salatin.

                   Beliau pernah dilantik sebagai penasihat Sultan Iskandar Muda di Acheh.

                   Beliau juga dilantik menjadi Raja Uleebalang di Samarlanga.

               (b)  Karya agung

                   Sulalatus Salatin
                   Bermaksud Salasilah Raja-Raja atau Peraturan Segala Raja-Raja.

                   Naskhah asal bernama Hikayat Melayu.

                   Telah disusun dan ditulis semula oleh Tun Seri Lanang.
                   Menceritakan asal usul keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat kerajaan dan sejarah Kesultanan Melayu

                   Melaka.

                   Hikayat Hang Tuah

                   Menurut sejarawan, naskhah ini dihasilkan oleh pengarang dari Johor selepas kekalahan Portugis
                   di Melaka pada tahun 1641.

                   Sebuah epik kepahlawanan yang merentas zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

                   Kandungan berkaitan dengan ketaatan atau kesetiaan Hang Tuah kepada raja dan Kesultanan Melayu

                   Melaka.

           9.  Lakukan aktiviti berikut.     SP 6.2.2    TP6


                       AKTIVITI                                                      PAK-21      Main Peranan
                     (a)  Murid akan memegang watak-watak yang berkaitan dalam Kesultanan Johor Riau dan watak
                        utama adalah “Sultan Alauddin Riayat Shah I”.
                     (b)  Oleh itu, murid perlu mendapatkan maklumat tentang kepemimpinan Sultan Alauddin Riayat
                        Shah I, cara beliau menghadapi ancaman sepanjang pemerintahannya serta watak-watak yang
                        berkaitan semasa baginda menghadapi ancaman.
                     (c)  Setelah itu, “Sultan Alauddin Riayat Shah I” akan memberikan arahan kepada pembesar-pembesar
                        Kesultanan Johor Riau untuk menghadapi ancaman yang menggugat kedaulatannya.


             Kriteria Kejayaan:  .............................................................................................
          Saya berjaya:
          •  menghuraikan kegemilangan Kesultanan Johor Riau


          © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                       58





      06 Power Up Sejarah Tg.2_p53-62.indd   58                                                                 10/21/20   1:39 PM
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33