Page 30 - PWR UP SEJARAH TG2
P. 30

Sejarah  Tingkatan 2  Bab 6

                           B


            1.  Kesultanan Johor Riau menghadapi pelbagai cabaran dan berusaha mempertahankan kedaulatannya.
          Buku
          Teks  (a)  Terangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Kesultanan Johor Riau pada peringkat pengasasannya.
           ms.
          100–103
                   Peperangan antara Johor-Acheh-Portugis / Perang Tiga Segi.
                   Perang Johor-Jambi.



                   Konflik antara pembesar / Konflik antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tun
                   Abdul Jamil.
                   Ancaman Raja Kechil (dari Siak).

                                                                                                        [4 markah]
               (b)  Nyatakan tiga langkah yang diambil oleh pemerintah Kesultanan Johor Riau untuk menghadapi cabaran-
                   cabaran tersebut.
                   (i)   Memindahkan pusat pemerintahan.

                   (ii)  Membina kota pertahanan.

                   (iii)  Menjalinkan hubungan dengan Belanda.
                                                                                                        [3 markah]

               (c)  Cabaran  yang  dihadapi  oleh  Kesultanan  Johor  Riau  tidak  menggugat  kewibawaan  pemerintah  dan
                   kedaulatan Johor, malah strategi-strategi yang dilaksanakan oleh kepemimpinan Kesultanan Johor Riau
                   berjaya mengekalkan kedaulatan dan kestabilan kerajaan.
                   Apakah faktor kejayaan Kesultanan Johor Riau tersebut?

                   Pemerintah menggunakan kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.

                   Kesultanan Johor Riau mempunyai sumber kekayaan.

                   Penduduk bersatu padu / taat kepada pemerintah.
                   Kesultanan Johor Riau menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan sekitar.

                   (Mana-mana jawapan yang munasabah)
                                                                                                        [3 markah]

            2.  Kemajuan Johor dalam perdagangan pada abad ke-16 dan ke-17 menyebabkan Johor muncul sebagai pusat
          Buku  perdagangan yang penting dan menjadi tumpuan para pedagang.
          Teks
           ms.
          104–107  (a)  Nyatakan tiga keistimewaan pelabuhan Johor Riau yang membolehkannya berkembang sebagai pusat
                   perdagangan yang unggul di Alam Melayu.

                   (i)   Pelabuhan Johor yang terletak di kawasan selatan Selat Melaka membolehkan Johor mengawal
                        lalu lintas kapal dagang dari Timur dan Barat.

                   (ii)  Pelabuhan Johor Riau merupakan pusat pertukaran barangan keluaran Alam Melayu dengan

                        barangan dari China, India dan Arab.
                   (iii)  Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh di pelabuhan Johor,

                        terutamanya di pelabuhan Riau.

                                                                                                        [3 markah]




          © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                       60





      06 Power Up Sejarah Tg.2_p53-62.indd   60                                                                 10/21/20   1:39 PM
   25   26   27   28   29   30   31   32   33