Page 25 - PBD Plus Geografi T1 (EG)
P. 25

Fokus KBAT







        Kedudukan ialah tempat letaknya sesuatu objek atau tempat. Terdapat beberapa cara untuk menentukan kedudukan
        sesuatu tempat di kawasan lapangan, contohnya kedudukan relatif dan koordinat.


        IDEA     Titik rujukan    Kawasan luas

          1.  (a)  Mengapakah kedudukan relatif mudah dinyatakan?   KBAT  Menganalisis
                 Kedudukan relatif mudah dinyatakan kerana  kedudukan relatif dirujuk kepada ciri-ciri lain yang

                 berhampiran dengannya. Objek yang digunakan untuk mengenal pasti kedudukan sesuatu tempat atau

                 ciri dikenali sebagai titik rujukan. Kedudukan relatif juga boleh meliputi kawasan yang luas.




             (b)  Apakah cara untuk menentukan kedudukan relatif sesuatu tempat?   KBAT  Mengaplikasi
                 Kedudukan relatif sesuatu tempat ditentukan dengan merujuk suatu titik rujukan yang berhampiran

                 (kanan, kiri, belakang dan hadapan titik rujukan).






        IDEA     Latitud    Longitud Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


          2.  Bagaimanakah pula kedudukan sesuatu tempat pada peta atau glob dapat ditentukan?   KBAT  Menganalisis
            Kedudukan  sesuatu  tempat  pada  peta  atau  glob  boleh  ditentukan  berdasarkan  titik  persilangan  antara

            latitud dengan longitud tempat berkenaan.







        IDEA     Garisan bayangan    Imiginasi

          3.  Mengapakah garisan latitud dan garisan longitud tidak kelihatan pada permukaan bumi?  KBAT  Menilai
            Kedua-dua garisan tersebut merupakan garisan bayangan atau imiginasi sahaja. Garisan-garisan tersebut

            hanya dilukis pada glob atau peta sebagai rujukan untuk menyatakan kedudukan sesuatu tempat dengan

            lebih tepat.






                                                                                                      Kuiz
                                                                                                      Gamifikasi



                                                                                                       Bab 2


        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                    18
   20   21   22   23   24   25   26