Page 25 - Sains Thn 4 (EG)
P. 25
Tarikh: Sains Tahun 4 Unit 2 Manusia
Soalan Subjektif
1. Rajah 1 menunjukkan aktiviti harian Ikmal.
Menunggang basikal Membaca buku
Berenang Tidur
Rajah 1
(a) Kelaskan aktiviti di atas berdasarkan kadar pernafasan yang betul dalam jadual
di bawah.
Kadar pernafasan tinggi Kadar pernafasan rendah
Menunggang basikal Membaca buku
Berenang Tidur
[2 markah]
(b) Mengapakah kadar pernafasan bertambah apabila melakukan aktiviti cergas?
Semasa melakukan aktiviti cergas, badan memerlukan lebih banyak udara
(oksigen). Oleh itu, peparu memerlukan lebih banyak udara dan menyebabkan
kadar pernafasan bertambah.
[1 markah]
(c) Tuliskan hubungan antara jenis aktiviti dengan kadar pernafasan. TP 5
Semakin cergas aktiviti yang dijalankan, semakin tinggi kadar pernafasan
seseorang.
[1 markah]
17 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
02 Unit 02 Genius PBD Sains Th4.indd 17 21/09/2022 2:35 PM

