Page 14 - Sukses Model Penulisan Tahun 4, 5 & 6 2022
P. 14
Bahasa Melayu KSSR Bahagian A – Membina Ayat
MODEL
5 Aktiviti Gotong-royong Bermasyarakat
Hidup
Gambar di bawah ini menunjukkan aktiviti gotong-royong di sebuah taman
permainan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti tersebut.
1. Penduduk di taman perumahan itu membersihkan kawasan taman permainan
secara gotong-royong agar selamat untuk digunakan.
2. Seorang lelaki memotong dahan pokok menggunakan sebilah parang.
3. Beberapa orang kanak-kanak mengutip plastik dan sampah yang bertaburan di
taman permainan itu.
4. Seorang lelaki menggunakan mesin pemotong rumput untuk memotong rumput
yang panjang di taman itu.
5. Puan Halimah dan rakan-rakannya menyediakan makanan dan minuman untuk
penduduk Taman Seroja yang turut serta dalam aktiviti gotong-royong tersebut.
Ekstra
1. Nadia mengagihkan minuman kepada peserta Tips
gotong-royong.
2. Hakim membawa plastik sampah yang sudah Ayat yang dibina mestilah mempunyai peluasan
penuh ke tempat pembuangan sampah. subjek dan predikat.
9
Bahagian A.indd 9 05/11/2021 4:01 PM

