Page 15 - Sukses Model Penulisan Tahun 4, 5 & 6 2022
P. 15
Bahasa Melayu KSSR Bahagian A – Membina Ayat
MODEL Hidup
6 Sentiasa Berhati-hati Bermasyarakat
Gambar di bawah ini berkaitan dengan langkah-langkah menjaga keselamatan
di sekolah.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang langkah-langkah tersebut.
Tulis satu ayat yang lengkap bagi setiap gambar.
KESELAMATAN
DI SEKOLAH
1. Seorang guru menerangkan cara-cara menggunakan alat pemadam api kepada
murid-murid apabila berlakunya kebakaran.
2. Murid-murid melihat pelan laluan kecemasan untuk mengenal pasti laluan yang
disarankan sewaktu berlaku kebakaran.
3. Murid-murid perlu berhati-hati semasa menaiki atau menuruni tangga sekolah
agar tidak tergelincir.
4. Pengawal keselamatan hendaklah mengawasi murid-murid yang keluar dari
pekarangan sekolah untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.
5. Sewaktu pulang dari sekolah, murid-murid hendaklah menggunakan lintasan
belang semasa menyeberangi jalan raya agar keselamatan diri sentiasa
terjamin.
10
Bahagian A.indd 10 05/11/2021 4:01 PM

