Page 21 - Sukses Model Penulisan Tahun 4, 5 & 6 2022
P. 21
Bahasa Melayu KSSR Bahagian A – Membina Ayat
MODEL
12 Festival Kesenian dan Kebudayaan Warisan Kita
Gambar di bawah ini menunjukkan suasana di Festival Kesenian dan Kebudayaan
Malaysia.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Tulis lima ayat yang lengkap suasana di festival tersebut.
1. Pengunjung meneliti maklumat pada papan kenyataan untuk mengetahui
kedudukan gerai pameran yang terdapat di festival itu.
2. Seorang pengunjung bertanyakan sesuatu kepada petugas kaunter pertanyaan
untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan pameran tersebut.
3. Kru berita televisyen merakamkan lintas langsung festival untuk tontonan rakyat
di seluruh negara.
4. Dua orang pengunjung baru tiba di festival kesenian dan kebudayaan itu untuk
melihat gerai-gerai pameran.
5. Gerai yang menjual pakaian batik menjadi tumpuan pengunjung kerana harga
yang ditawarkan agak berpatutan.
Tips
Elakkan penggunaan wacana dalam ayat seperti seterusnya, selain itu, dan di samping itu.
16
Bahagian A.indd 16 05/11/2021 4:01 PM

