Page 23 - Sukses Model Penulisan Tahun 4, 5 & 6 2022
P. 23
Bahasa Melayu KSSR Bahagian A – Membina Ayat
MODEL
14 Melawat ke Taman Pertanian Bumi Bertuah
Gambar di bawah ini menunjukkan aktiviti yang murid-murid lakukan ketika berada
di sebuah taman pertanian.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktviti tersebut.
Tulis satu ayat yang lengkap bagi setiap gambar.
LAWATAN KE TAMAN
PERTANIAN
1. Murid-murid berasa sungguh seronok berbasikal sambil mengelilingi kawasan
sekitar dan melawat ke dusun buah-buahan.
2. Para pengunjung dapat menikmati buah-buahan segar yang baru dipetik dari
dusun.
3. Para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk memberikan makanan
kepada burung-burung merpati yang jinak di situ.
4. Murid-murid berpeluang untuk memancing ikan di kolam sambil dipantau oleh
petugas di situ.
5. Cikgu Fauzi dan Cikgu Hamzi berasa teruja kerana dapat berkayak di tasik yang
dipenuhi bunga teratai itu.
18
Bahagian A.indd 18 05/11/2021 4:01 PM

