Page 11 - MALAY AS A FOREIGN LANGUAGE WB 3
P. 11
3 Baca ayat-ayat arahan (a – e) dan respons (1 – 8).
Apakah respons yang betul?
Bagi setiap ayat arahan (a – e), tulis nombor yang betul (1 – 8) di atas garisan.
a Tolong sidai pakaian yang telah dicuci ini.
b Tutup pintu pagar selepas kamu keluar.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
c Jangan ke mana-mana selepas pulang dari sekolah.
d Cuci tangan kamu bersih-bersih sebelum makan.
e Berikan kuih ini kepada Mak Long kamu nanti.
1 Dari sekolah saya akan terus pulang ke rumah.
2 Saya akan menyidai pakaian ini di ampaian.
3 Ya, ayah, saya akan menutup pintu pagar.
4 Ya, saya akan bersarapan dahulu sebelum ke sekolah.
5 Saya sudah mencuci tangan saya dengan air dan sabun.
6 Saya akan singgah di pasar raya untuk membeli barang.
7 Sampai di rumah Mak Long, saya akan memberikan kuih ini kepadanya.
8 Ya, ibu, saya sudah makan tengah hari.
4 Baca petikan berikut dengan teliti. Tanda (3) pada jawapan yang betul.
Hafiq ada seekor iguana. Iguana itu berwarna perang kekuningan. Rupanya seperti cicak
besar dengan badan yang menggerutu. Ekornya besar dan panjang. Giginya banyak dan
tajam.
“Pelihara iguana ini baik-baik, ya!” pesan ibu bapa Hafiq ketika mereka memberikan
iguana itu kepada Hafiq sempena hari jadinya yang ke-14 tahun.
Hafiq menamakan iguana itu Koki. Koki tinggal di dalam sangkar yang besar. Luas
sangkar itu ialah 6 kaki lebar dan 10 kaki panjang. Hafiq memberi Koki makan buah-buahan
atau sayur-sayuran setiap hari. Koki sangat suka makan lobak.
Pada setiap hari Sabtu, Hafiq akan membersihkan sangkar Koki. Dia mengeluarkan Koki
dari dalam sangkar dan membiarkan Koki merayap di sekitar rumah. Dia memastikan Koki
berada di tempat yang hangat dan tidak membiarkan Koki di tempat yang sejuk kerana Koki
sangat sensitif terhadap keadaan sejuk. Dia juga memastikan Kuning, kucing kesayangan
ibunya, tidak mengganggu Koki.
Hafiq sangat sayang akan haiwan peliharaannya itu. Haiwan itu menjadikannya seorang
yang penyayang dan bertanggungjawab.
8
IGCSE WORKBOOK 3 2P.indd 8 04/03/2022 4:47 PM

