Page 6 - MALAY AS A FOREIGN LANGUAGE WB 3
P. 6

4  Baca e-mel berikut dengan teliti. Tanda (3) pada jawapan yang betul.


                         Daripada:   pam.menon85@gmail.com

                         Kepada:     aini_azlin@yahoo.com

                         Perkara:    salam perkenalan
                  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                        Hai, Aini,
                        Selamat berkenalan. Terima kasih atas kiriman e-mel Aini tempoh hari. Nama penuh
                        saya Pamela Menon. Usia saya lima belas tahun. Saya tinggal di Ipoh, Perak, bersama-
                        sama bapa saya, Surej Menon. Bapa saya seorang pensyarah. Dia mengajar di sebuah
                        kolej swasta di Ipoh.
                        Ibu  saya  meninggal  dunia  ketika  usia  saya  lima  tahun.  Sejak  itu  saya  tinggal  berdua
                        sahaja dengan bapa saya. Bapa saya sangat menyayangi saya. Sejak ibu tiada, bapalah
                        yang menjaga saya. Setiap hari bapa memasak, mencuci pakaian, mengemas rumah,
                        dan  berbelanja  di pasar.  Setiap  hari  juga  bapa  membantu  saya  menyiapkan  kerja
                        sekolah dan menemani saya mengulang kaji pelajaran. Saya selalu ingat akan pesanan
                        bapa supaya saya tekun belajar. Kata bapa, ilmu sangat penting dalam kehidupan dan
                        orang yang tidak berilmu ialah orang yang paling miskin di dunia.
                        Saya  bercita-cita  hendak  menjadi  seorang  pendidik. Saya  ingin  menjadi  orang  yang
                        menyampaikan  ilmu  seperti bapa  saya.  Saya juga  bercita-cita  menjadi  penulis.
                        Saya  gemar  membaca  dan  mengembara,  dan  sentiasa  mencatatkan  pengalaman
                        mengembara saya dalam blog saya. Saya sangat gembira kerana daripada blog saya itu
                        jugalah kita dapat berkenalan.

                        Harapan saya semoga persahabatan kita berkekalan.
                        Salam perkenalan,
                        Pam
                   (a)  Pamela tinggal di …
                        A  Kuala Kangsar
                        B  Lumut

                        C  Ipoh

                   (b)  Encik Surej mengajar di …
                        A  sekolah
                        B  kolej
                        C  universiti

                   (c)  Encik Surej menasihati Pamela supaya …

                        A  menjadi guru
                        B  rajin belajar
                        C  mengulang kaji pelajaran


                                                             3






         IGCSE WORKBOOK 3 2P.indd   3                                                                  04/03/2022   4:47 PM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11