Page 25 - Hybrid PBD 2022 Form 3 - Sejarah
P. 25

Sejarah  Tingkatan 3  Bab 1

               PBD
               PBD   1.2 Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara Kita                                  Buku Teks ms. 10 – 11
               PBD
                9.  Lengkapkan ayat berikut tentang syarikat perdagangan Barat.     SP 7.1.2    TP1

                                          British               Perancis               Belanda
                                                                                                             INFO
                                          jajahan              monopoli               England                SHTI


                   (a)  Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) ditubuhkan di   England   pada tahun 1600 dan diberi hak
                          monopoli     dalam perdagangan rempah di Kepulauan Melayu oleh kerajaan British.


                   (b)  Syarikat  Hindia  Timur   Belanda     ditubuhkan  pada  tahun  1602  dan  Syarikat  Hindia  Timur
                          Perancis     ditubuhkan pada tahun 1664.



                   (c)  Kuasa Barat seperti Belanda,    British     dan  Perancis  mula  bangkit  pada  abad  ke-17  untuk
                      merebut kekayaan dan mendapatkan tanah       jajahan      di seberang laut.


                10.  Berdasarkan faktor-faktor berikut, huraikan secara terperinci kedatangan kuasa Barat ke negara kita.
                                                                                                          SP 7.1.2    TP2
                   (a)  Kekayaan hasil bumi dan barangan mewah

                        Kuasa Barat ingin  mendapatkan bahan mentah seperti rempah-ratus, minyak wangi, emas, perak,
                        batu permata, gading, hasil hutan, serta barangan mewah dari China seperti teh, sutera dan tembikar.


                             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved


                   (b)  Menjadi  pusat pengumpulan barang

                        Emas, perak, bijih timah, dan rempah-ratus yang diperlukan oleh pedagang China boleh didapati
                        di  Kepulauan  Melayu.  Kepulauan  Melayu  sesuai  menjadi  pusat  pengumpulan  kerana  terletak  di
                        tengah-tengah laluan perdagangan antara India dan China.



                   (c)  Berfungsi sebagai  pelabuhan persinggahan


                        Waktu pelayaran ditentukan oleh angin monsun Barat Daya dan angin monsun Timur Laut. Kuasa
                        Barat memerlukan pelabuhan untuk dijadikan tempat berlindung sementara menunggu peralihan
                        angin monsun. Pelabuhan persinggahan memudahkan kapal berlabuh, mengisi bekalan air, makanan
                        serta membaiki kapal sebelum mereka belayar ke Canton.



                   (d)  Usaha menyebarkan agama Kristian

                        Portugis  merupakan  kuasa  Barat  yang  berusaha  menyebarkan  agama  Kristian  ke  negara  kita.
                        Matlamat penjajahan mereka diungkap sebagai Gold, Gospel, and Glory, iaitu Kekayaan, Keagamaan,
                        dan Kemasyhuran.






              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.                       6





         01 (EG) HYBRID PBD Sej Ting 3.indd   6                                                                   28/09/2021   2:50 PM
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30