Page 29 - Hybrid PBD 2022 Form 3 - Sejarah
P. 29
Sejarah Tingkatan 3 Bab 1
16. Berdasarkan peristiwa berikut, padankan strategi yang digunakan oleh Belanda untuk menguasai negara
kita. SP 7.1.4 TP4
Belanda menyerang Johor dan Selangor
(a) pada tahun 1784 kerana perebutan Selat Pakatan
Melaka.
Belanda mengadakan pakatan dengan
(b) British dengan menandatangani Perjanjian Perjanjian
Inggeris-Belanda 1824.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Belanda menandatangani perjanjian
(c) dengan Perak pada tahun 1650 untuk Serangan fizikal
mendapatkan bijih timah.
17. Huraikan strategi yang digunakan oleh British dengan memberikan contoh peristiwa bagi mencapai
matlamat penjajahan mereka. SP 7.1.4 TP4
Strategi British Huraian
(a) Manipulasi • British campur tangan di Perak dengan mengiktiraf Raja Abdullah sebagai sultan
Perak.
• British menggunakan peristiwa rompakan lanun/ serangan ke atas rumah api di
Tanjung Rochado sebagai alasan untuk campur tangan di Selangor.
• British mengambil kesempatan konflik di antara Dato’ Bandar dan Dato’ Kelana
untuk campur tangan di Sungai Ujong.
(b) Tipu helah • British berjaya menduduki Pulau Pinang setelah Francis Light melakukan tipu
helah ke atas Sultan Kedah.
(c) Pakatan • British berjaya menguasai Melaka setelah berpakat dengan Belanda dalam
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
(d) Ugutan / Desakan • British membuat ugutan terhadap Sultan Selangor dan Sultan Pahang agar
baginda menerima Residen British bagi menasihati baginda dalam hal-hal
pentadbiran.
• James Brooke berjaya menduduki Sarawak setelah mendesak Sultan Brunei
supaya mengiktiraf beliau sebagai Raja Sarawak.
(e) Perjanjian • British memeterai perjanjian dengan Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan
Pahang dan Yamtuan Seri Menanti agar baginda menerima naungan British.
• James Brooke menguasai Sarawak melalui perjanjian dengan Sultan Brunei.
(f) Pajakan • British berjaya menguasai Sabah melalui pajakan dan pemberian Piagam Diraja
kepada SBUB.
(g) Serangan fizikal • Menyerang Penghulu Dol Said bagi memelihara kuasanya di Naning.
• Membedil ibu negeri Terengganu supaya Sultan Omar tidak mencampuri
masalah Perang Saudara di Pahang.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10
01 (EG) HYBRID PBD Sej Ting 3.indd 10 28/09/2021 2:50 PM

