Page 18 - Focus KSSR 2022 Sejarah Thn 4
P. 18
Sejarah KSSR Tahun 4 Unit 2 Saya dan Keluarga
2.1 Biodata Diri Saya
1. Melalui sijil kelahiran, kita dapat mengetahui biodata diri tentang kelahiran seperti tarikh,
waktu, dan tempat.
2. Maklumat yang terdapat dalam sijil kelahiran ialah: 2
(a) Nama
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
(b) Jantina Unit
(c) Tarikh, waktu, dan tempat kelahiran
(d) Maklumat ibu bapa seperti nama, nombor kad pengenalan, umur, keturunan, agama,
dan taraf kewarganegaraan
(e) Alamat tempat tinggal
Nama
Tarikh, waktu, tempat
kelahiran dan alamat
tempat tinggal
Jantina
Maklumat ibu bapa
seperti nama, nombor
kad pengenalan,
umur, keturunan,
agama, dan taraf
kewarganegaraan
Contoh sijil kelahiran
3. Kepentingan memiliki sijil kelahiran:
(a) Dokumen rasmi pengenalan diri
(b) Digunakan semasa membuka akaun bank
(c) Digunakan untuk urusan pendaftaran sekolah
(d) Digunakan untuk membuat pasport antarabangsa
(e) Diperlukan semasa memohon MyKad apabila mencapai
umur 12 tahun Bahagian depan MyKid
4. MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip INFO
yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.
MyKid
5. My bermaksud Malaysia dan Kid merujuk singkatan kepada Kad Identiti Diri.
11

