Page 20 - Focus KSSR 2022 Sejarah Thn 4
P. 20
Sejarah KSSR Tahun 4 Unit 2 Saya dan Keluarga
4. Amalan beradab anggota keluarga:
Adab bertutur
• Tidak mengecilkan hati.
• Tidak meninggikan suara. 2
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
• Tidak sombong dan cakap besar.
• Memanggil dengan panggilan yang sesuai. Unit
Adab makan
• Jangan bercakap semasa makan.
• Tidak gelojoh dan berebut-rebut.
• Berdoa sebelum dan sesudah makan.
• Dahulukan kanak-kanak dan orang tua.
• Cuci tangan sebelum dan selepas makan.
Adab berziarah
• Bersalam.
• Bawa buah tangan.
• Duduk dengan sopan.
• Memakai pakaian yang sesuai.
• Berziarah pada waktu yang sesuai.
Adab meninggalkan rumah
• Pulang cepat.
• Bersalaman dengan ibu bapa.
• Meminta kebenaran sebelum keluar rumah.
Adab menerima tetamu
• Jangan mengguris hati tetamu.
• Memberi salam dan bersalaman.
• Mempersilakan tetamu minum dan makan.
• Melayan tetamu dengan sopan dan mesra.
• Jangan menceritakan keburukan orang lain.
13

