Page 5 - Focus SPM 2022 Tingkatan 4&5 - Sains
P. 5

Sains SPM  Bab 2  Bantuan Kecemasan

                  2.1   Resusitasi Kardiopulmonari              Situasi yang Memerlukan CPR
                        (Cardiopulmonary Resuscitation,           1.  Seseorang individu memerlukan CPR jika
                        CPR)                                        didapati:
                Definisi CPR                                         (a)  tidak bernafas

                  1.  Resusitasi kardiopulmonari atau lebih dikenali        (b)  tiada denyutan nadi dan degupan jantung
                     sebagai CPR (cardiopulmonary resuscitation)        (c)  tidak menunjukkan respons terhadap
                     merupakan bantuan kecemasan yang dilakukan         rangsangan
                     untuk mengembalikan degupan jantung dan                                                  T
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
                     pernafasan kepada mangsa yang menghadapi     2.  Semua masalah  di atas mungkin disebabkan   i
                                                                                                              n
                     masalah jantung atau pernafasan.               oleh:                                     g
                                                                                                              k
                                                                                                              a
                  2.  CPR dilakukan sebagai langkah awal untuk        (a) serangan jantung                    t
                                                                                                              a
                     menyelamatkan mangsa sebelum bantuan            (b) renjatan elektrik                    n
                     paramedik tiba.                                 (c) lemas                               4
                  3.  CPR melibatkan  gabungan teknik tekanan        (d) terkena panahan petir
                     di bahagian dada dan hembusan udara ke
                     dalam mulut mangsa.

                Kaedah CPR
                  1.  Sebagai orang awam, anda juga boleh melakukan CPR terhadap mangsa, tetapi anda perlu mempelajari
                     kaedah CPR yang betul. Hal ini penting kerana kaedah yang betul dapat menyelamatkan nyawa mangsa.
                  2.  Anda tidak perlu menggunakan sebarang peralatan semasa melakukan CPR kepada mangsa.
                  3.  Rajah 2.1 menunjukkan kaedah CPR yang betul untuk orang dewasa:



                         Langkah 1: Periksa respons mangsa               Langkah 2: Buka saluran pernafasan
                                                                           dan periksa pernafasan mangsa













                         •  Jika  anda  terjumpa  seseorang  yang
                           pengsan  atau  tidak  sedarkan  diri,       •  Pastikan  mangsa  berbaring  terlentang
                           segera pergi ke arahnya.                      di atas permukaan yang rata.
                         •  Pastikan  keadaan  sekitar  anda  dan      •  Dongakkan kepala mangsa ke belakang
                           mangsa selamat (tiada sebarang objek          dan  angkat  dagunya  untuk  membuka
                           berbahaya  seperti  kaca  atau  batu          saluran pernafasan.
                           besar).                                     •  Dengar  bunyi  nafas  dari  mulut  atau
                         •  Tepuk bahu mangsa dan tanya “Adakah          hidung mangsa (jika ada).
                           anda OK?”.                                  •  Perhatikan  juga  pergerakan  dada
                         •  Jika  tiada  respons,  hubungi  talian       mangsa.
                           kecemasan  999  dengan  segera  atau
                           minta  pertolongan  orang  di  sekeliling
                           untuk menghubunginya.



                                                                                                      15
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10