Page 6 - Focus SPM 2022 Tingkatan 4&5 - Sains
P. 6

Sains SPM  Bab 2  Bantuan Kecemasan




                                             Langkah 3: Melakukan tekanan dada
                   (a)                        (b)                              (c)






                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
          T
          i
          n
          g
          k
          a
          t
          a
          n
          4    •  Jika mangsa tidak sedarkan diri dan tidak bernafas, tekanan dada dilakukan serta-merta.
               •  Tekanan dada akan membantu darah mengalir di dalam badan mangsa.
               •  Teknik tekanan dada adalah seperti berikut:
                 -  melutut di sebelah badan mangsa
                 -  letakkan satu tapak tangan di tengah dada mangsa
                 -  pastikan tangan dalam keadaan lurus
                 -  tekup telapak tangan menggunakan telapak tangan satu lagi dan selang-selikan jari
                 -  condongkan badan sedikit ke arah mangsa
                 -  pastikan bahu berada tegak dengan dada mangsa
                 -  tekan dada mangsa ke bawah lebih kurang pada kedalaman 5 hingga 6 cm
                 -   lepaskan  tekanan  dengan  kedudukan  tangan  masih  di  dada  mangsa  dan  biarkan  dada  mangsa  naik
                   kembali ke atas
                 -  lakukan tekanan dada pada kadar 100-120 tekanan per minit





                       Langkah 4:  Melakukan bantuan                 Langkah 5:  Ulang tekanan dada dan
                                 pernafasan                                    hembusan ke dalam mulut
















                                                                    •  Selepas 5 kitaran (30 kali tekanan dada
                     •  Periksa pernafasan mangsa. Jika masih         dan  2  kali  hembusan),  periksa  nadi
                      tiada  pernafasan,  lakukan  bantuan            karotid  mangsa  dan  lihat  tanda-tanda
                      pernafasan mulut ke mulut.                      bernyawa. Ulangi langkah ini sehingga
                     •  Picit  hidung  mangsa  dan  hembuskan         mangsa sedar atau ambulans tiba.
                      udara ke dalam mulut mangsa selama            •  Sekiranya mangsa menunjukkan tanda
                      1 saat setiap hembusan.                         sedar atau sudah bernafas, ubah posisi
                                                                      badan mangsa kepada mengiring.
                                                   Rajah 2.1  Kaedah CPR


                 16
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11