Page 5 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Kimia
P. 5
Kimia SPM Bab 4 Jadual Berkala Unsur
4.1 Perkembangan Jadual Berkala Unsur
1. Fungsi Jadual Berkala Unsur:
(i) Untuk mengkaji perubahan sifat fizik secara umum
(ii) Untuk mengkaji perubahan sifat kimia secara umum
(iii) Untuk meramalkan sifat unsur dan sebatiannya berdasarkan kedudukan dalam
Jadual Berkala Unsur
(iv) Untuk meramalkan kedudukan unsur yang tidak diketahui dalam Jadual Berkala
Unsur berdasarkan sifatnya.
(v) Untuk memahami hubungan antara unsur-unsur dari kumpulan yang berbeza 4
dalam Jadual Berkala Unsur
2. Terdapat enam orang saintis yang terkenal dalam sejarah
perkembangan Jadual Berkala Unsur.
Saintis Maklumat
Antoine Lavoisier • Unsur-unsur dikelaskan kepada empat kumpulan:
(1743 – 1794) (a) Gas
(b) Bukan logam
(c) Logam
(d) Logam oksida
• Pengelasan ini gagal disebabkan oleh:
(a) Cahaya dan haba bukan unsur
(b) Oksida logam bukan unsur
(c) Beberapa unsur dalam kumpulan yang sama tidak
mempunyai sifat kimia yang sama
Johann W. Dobereiner • Pengelasan tiga unsur dengan sifat kimia yang sama dalam
(1780 – 1849) satu kumpulan dikenali sebagai triad.
• Jisim atom relatif bagi unsur di bahagian tengah adalah kira-
kira purata jisim atom bagi dua unsur lain dalam setiap triad.
• Pengkelasan ini menyedarkan ahli kimia tentang hubungan
antara sifat kimia dengan jisim atom setiap unsur.
John Newlands • Unsur-unsur yang telah dikenal pasti disusun mengikut
(1837 – 1898) peningkatan jisim atom.
• Susunan unsur-unsur dengan sifat kimia dan sifat fizik serupa
yang berulang pada setiap unsur kelapan dikenali sebagai
Hukum Oktaf.
• Hukum Oktaf gagal kerana hanya dipatuhi oleh 17 elemen
pertama sahaja.
• Merupakan ahli kimia yang pertama menunjukkan kewujudan
corak berkala pada sifat unsur.
29
04 RANGER KIMIA TG4 2P.indd 29 06/07/2021 2:01 PM

