Page 6 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Kimia
P. 6
Kimia SPM Bab 4 Jadual Berkala Unsur
Lothar Meyer • Memplot graf isi padu atom terhadap jisim atom untuk semua
(1830 – 1895) unsur yang diketahui.
• Menyedari bahawa unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama
berada pada kedudukan yang sama pada lengkung graf.
• Telah berjaya membuktikan ciri-ciri unsur membentuk corak
berkala pada sifat unsur.
Dmitri Mendeleev • Unsur-unsur disusun mengikut peningkatan jisim atom.
(1834 – 1907) • Mengelaskan unsur-unsur ini dalam lajur yang sama mengikut
sifat-sifat kimia yang serupa.
• Menyediakan ruang di dalam jadual untuk diisi oleh unsur
4
yang belum ditemui.
• Boleh meramal sifat unsur yang belum ditemui.
Henry Moseley • Menemui hubungan antara frekuensi sinar-X unsur dengan
(1887 – 1915) nombor proton.
• Unsur-unsur disusun semula mengikut peningkatan nombor
proton.
• Menyediakan ruang kosong dan kemudiannya menemui unsur
teknetium (Tc), prometium (Pm), hafnium (Hf) dan renium (Re).
3. Unsur-unsur dalam Jadual Berkala Unsur moden disusun mengikut peningkatan
nombor proton, dari 1 hingga 118.
4. Pada Disember 2016, empat unsur baru ditambah ke dalam Jadual Berkala Unsur.
(a) Nihonium (Nh), unsur 113
(b) Moscovium (Mc), unsur 115
(c) Tennessine (Ts), unsur 117
(d) Oganesson (Og), unsur 118
Pengenalan kepada
Jadual Berkala
Unsur
VIDEO
30
04 RANGER KIMIA TG4 2P.indd 30 06/07/2021 2:01 PM

